Skip to content

RAIKAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

YB KM, yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, berharap lebaran kali ini disambut dengan penuh semangat perpaduan dan kesyukuran.

Beliau yang juga Ketua whip DAP dalam ucapan yang dimuat naik di laman Facebook, berkata pada musim perayaan ini, rakyat negara ini perlu mengeratkan silaturahim, perhebatkan perpaduan dan sentiasa menjaga kesihatan.

“Dari pejabat Menteri KPKT kepada anda sekeluarga di kampung, kami dengan penuh tawaduk dan sukacita mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, ” katanya.

Beliau turut berkata, “Bagi yang pulang ke kampung halaman masing-masing, semoga tuan-tuan dan puan-puan sentiasa berhati-hati semasa perjalanan pulang berhari raya ke kampung halaman.”

Selain itu, YB KM dalam video yang dimuat naik di laman Facebook berkata, “Kita boleh lihat lobi KPKT, indah dengan semua hiasan Hari Raya Aidilfitri.”

“Perpaduan dalam kepelbagaian adalah cara hidup kita, sama ada perayaan Hari Krismas, Tahun Baharu Cina, ataupun Deepavali, kita sambut bersama dengan hati terbuka, perpaduan dalam kepelbagaian – stronger together,” katanya dalam video tersebut.