Skip to content

Raja Fitnah Bau Busuk Tidak Berbangkai

Sekali lagi Ketua Pembangkang DUN Perak yang baru sahaja dihentikan jawatan Pesuruhjaya PAS Perak oleh parti sendiri telah melemparkan fitnah bertubi-tubi terhadap kerajaan perpaduan & masyarakat berbilang kaum.

Sebagai ahli politik, sepatutnya YB Razman sedar bahawa setiap parti politik ada perjuangan masing-masing melalui ketetapan yang dibuat dari semasa ke semasa.

Sekiranya YB Razman tegas menyatakan bahawa perjuangan DAP yang membela nasib semua kaum adalah bertentangan dengan perlembagaan negara kita, persoalan saya adalah kenapakah rejim Perikatan Nasional tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membubarkan parti yang melanggar perlembagaan negara kita ketika sedang memerintah negara?

Sekiranya sesebuah parti politik betul-betul melanggar perlembagaan negara kita, adakah mungkinnya parti tersebut yang kebanyakan masanya merupakan pembangkang sejak penubuhan partinya tidak diharamkan oleh Jabatan Pendaftaran Penubuhan?

Ataupun ini sebenarnya retorik bermusim yang dimainkan PAS khususnya sempena PRK Ayer Kuning yang akan datang?

Jangan disebabkan dah biasa & cenderung untuk membuat fitnah dan meminta maaf kemudiannya, kini terus membuat tohmahan lagi.

Sebagai exco yang menjaga Kampung Baru Cina, saya sendiri pernah menjawab dalam sidang DUN Perak bahawa sebenarnya masyarakat berbilang kaum khususnya komuniti Cina pun merupakan mangsa yang dizalimi oleh rejim komunis dan banyak keluarga yang musnah akibat tindakan zalim komunis pada ketika itu.

Tidak pernah adanya pemimpin DAP yang mempertahankan tindakan komunis sedemikian dan malah seluruh parti berdiri teguh untuk bersolidariti dengan semua askar tidak kira kaum yang pernah lantang melawan rejim komunis.

Sekadar ingatan, pemimpin parti PAS yang pernah kaitkan Chin Peng dengan pimpinan DAP dah kalah dalam kes disaman fitnah sehingga kena bayar ganti rugi melebihi RM800,000.00.

Saya berharap Ketua Pembangkang DUN Perak boleh memperbaiki tahap pemahaman sejarahnya untuk tidak kelihatan dungu dan ingat semua itu sepupu.

Kendatipun dah berkali-kali menjawab sehingga YB Razman sendiri pun tidak mampu menjawab, ingin saya tegaskan PDRM telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa hanyalah warganegara China yang terlibat dalam insiden kibar bendera China dan tiada orang tempatan yang terlibat.

Adakah YB Razman tidak percaya akan PDRM dan ingin mencabar kewibawaan pihak berkuasa dalam hal ini?

Saya pun dah menjawab dalam sidang DUN lepas bahawa bukannya semua bendera merah adalah bendera China lantaran adanya merupakan bendera tokong yang berwarna merah.

Perbaikilah pengetahuan am dan jangan semacam Ratu Fitnah yang membuat tohmahan terhadap murid-murid SJK (C).

Sebagaimana saya menjawab dalam sidang DUN, adalah lumrah bagi penganjur untuk meletakkan gambar wakil rakyat setempat untuk program kawasan.

Seseorang individu yang rasional tidak akan menyalahkan Pak Teh sekiranya ada penunggang motosikal yang terbabas selepas menghadiri program Raya Aidilfitri yang mempamerkan gambar Pak Teh di sepanduk program tersebut.

Apabila parti sendiri pun dah hentikan jawatan lantaran risau tentang reputasinya, Pak Teh harus bermuhasabah dan berdepan dengan segala tindakan & ucapan fitnah yang pernah dibuat.

Jangan salahkan orang lain apabila dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Hak & Kebebasan DUN Perak, renungkanlah rekod fitnah anda sendiri yang berpanjang lebar sebelum menuding jari kepada orang lain.