Hari ini sekali lagi negara menyaksikan institusi kehakiman negara diperolok dan keadilan dipermainkan. Selepas 15 tahun ternyata UMNO-BN tidak dapat menyembunyikan hakikat kebimbangan kehilangan kuasa dan ketakutan kepada sosok Anwar Ibrahim yang pernah dikatakan tidak relevan.
Jelas, dalam suasana BN yang semakin hilang pengaruh sehingga bukan sahaja gagal mendapat majoriti 2/3, tetapi juga hanya 47% undi popular, dan kesediaan Anwar membuktikan keupayaan mentadbir melalui Langkah Kajang, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa.
Pemuda Pakatan dengan ini menegaskan bahawa kami menolak pertuduhan jijik dan hukuman zalim bermotif politik kepada Anwar Ibrahim dan mengingatkan kerajaan bahawa rakyat akan bangkit menolak kejahatan ini dengan segala kekuatan yang ada.
Pemuda Pakatan Rakyat akan terus menggerakkan gelombang Reformasi 2.0 untuk terus memberikan kesedaran kepada rakyat untuk menumbangkan rejim zalim dipimpin oleh Najib Razak.