Skip to content

Rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan media sosial disalahguna – penipuan, fitnah, dan berita palsu – dalam bentuk baharu melalui cubaan untuk menulis semula sejarah dengan menafikan konspirasi politik Langkah Sheraton yang terjadi pada Februari 2020 dan cubaan untuk menyalahkan DAP untuk kejatuhan Mahathir sebagai Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan

Rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan media sosial disalahguna – penipuan, fitnah, dan berita palsu – dalam bentuk baharu melalui cubaan untuk menulis semula sejarah dengan menafikan konspirasi politik Langkah Sheraton yang terjadi pada Februari 2020 dan cubaan untuk menyalahkan DAP untuk kejatuhan Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan.

Satu cubaan telah dibuat oleh Timbalan Presiden Bersatu untuk menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu untuk menulis semula sejarah, yang telah dikatakan oleh penulis Kee Thuan Chye di laman Facebooknya sebagai satu “perkara yang paling tidak masuk akal dan tidak jujur” yang pernah didengarnya.

Konspirasi politik Langkah Sheraton diasaskan kepada penipuan, fitnah, dan berita palsu, yang merangkumi tuduhan liar dan tidak masuk akal yang kononnya Perdana Menteri adalah “alat” DAP dan kononnya kerajaan Mahathir “didominasi DAP”.

Mahathir direkodkan sebagai mengatakan yang “Semua kata-kata mengenai DAP mengawal saya atau DAP sedang cuba mengambil alih negara tidak masuk akal” dan dia mengatakan yang tidak pernah merasakan apa-apa tekanan dari DAP semasa menjadi Perdana Menteri.

Saya menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada malam 21 Februari 2020.

Mahathir diberitahu oleh Muhyiddin Yassin dan para pemimpin Bersatu yang lain sebelum mesyuarat tersebut yang dia akan diminta untuk meletakkan jawatan menjelang Mei 2020 dan Mahathir akan diminta untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang mana sekiranya dia gagal berbuat demikian, dia akan dipaksa untuk memberikan tarikh bila dia akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Sebaliknya, perkara ini tidak terjadi semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Tidak ada tekanan terhadap Mahathir untuk meletakkan jawatan pada bila-bila masa, dan dia ada kuasa penuh untuk memutuskan bila untuk bersara, walaupun dia telah menunjukkan niat untuk meletakkan jawatan selepas persidangan APEC yang bakal berlangsung pada penghujung tahun tersebut.

Saya meninggalkan mesyuarat ini memikirkan yang Malaysia telah berjaya melalui satu lagi ujian politik yang kritikal dan saya kemudiannya terkejut apabila konspirasi politik Langkah Sheraton terjadi pada hari Ahad dan Mahathir kemudiannya dijatuhkan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Konspirasi politik Langkah Sheraton, dibina di atas asas penipuan, fitnah, dan berita palsu yang kononnya Mahathir adalah “alat” DAP dan kononnya kerajaannya didominasi DAP, telah melahirkan dua kerajaan yang tidak sah – kerajaan Muhyiddin Yassin dan kerajaan Ismail Sabri.

Kita tidak boleh biarkan kaki pusing dan penipu dari Bersatu untuk menulis semula sejarah dengan menafikan wujudnya konspirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020 sebagai cubaan untuk mereka membersihkan nama Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali dari dosa mereka yang menuduh DAP sebagai merancang untuk menumbangkan Mahathir dari menjadi Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan.