Skip to content

Rakyat Negeri Sembilan Wajib Menolak Perikatan-Barisan-Nasional (PBN) Yang Mempertikaikan Ketaatan Rakyat Malaysia Kepada Tanah Air Kita

Kenyataan Menteri Besar Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Muhammad Sanusi Md Nor yang berbunyi “Cina ada China, India ada India, Melayu hanya ada Tanah Melayu” adalah berbaur perkauman dan bersifat hasutan.

Semua warganegara Malaysia tidak kiranya apa-apa kaum & latar belakang adalah memegang kad pengenalan biru yang sama.

Sememangnya setiap orang mungkin berketurunan lain, namun tidak sepatutnya dikaitkan negara lain dengannya.

Warganegara Malaysia berbangsa Cina mungkin mampu bertutur Bahasa Cina seperti penduduk China. Warganegara Malaysia berbangsa India mungkin pandai bercakap dalam Bahasa Tamil seperti penduduk negara India. Namun ini adalah tidak berkait langsung dengan negara China & India.

Tanah air kita adalah Malaysia, bukannya negara lain seperti yang dituduh puak “Perikatan-Barisan-Nasional” (PBN).

Pihak PDRM wajib mengambil langkah segera untuk mengekang kenyataan sedemikian dan mengambil tindakan penguatkuasaan serta undang-undang terhadap pemimpin sedemikian yang memang berupaya untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Parti-parti komponen BN seperti UMNO, MCA & MIC yang masih membisukan diri dalam isu ini adalah bersekongkol dengan PN dan wajib ditolak sepenuhnya oleh masyarakat berbilang kaum Negeri Sembilan menjelang tarikh pengundian pada 1 Ogos.