Skip to content

Ramai lagi graduan PAKK masih menunggu posting, KPM wajar memperkembang pendidikan prasekolah di semua sekolah rendah KPM

Inilah jawapan Menteri Pengajian Tinggi kepada saya mengenai nasib graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ISMP PAKK).

Walaupun saya setuju bahawa graduan ISMP PAKK boleh mencari rezeki di sektor swasta dan menjadi seorang usahawan yang inovatif, saya ingin menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menambah bilangan guru prasekolah, supaya lagi banyak kelas prasekolah dapat dibuka di semua sekolah rendah untuk menjamin penyertaan meluas semua kanak-kanak, sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara.

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Oleh sebab itu, KPM di bawah Pakatan Harapan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas di institusi pendidikan prasekolah yang dikendalikan oleh KPM.

Pada tahun 2019, kelas prasekolah di institusi KPM telah meningkat dari 9,366 kelas ke 9,465 kelas, manakala kelas prasekolah terus meningkat ke 9,609 pada tahun 2020.

Tetapi, bilangan kelas prasekolah tidak meningkat secara begitu mendadak selepas Langkah Sheraton. Pada tahun 2021, bilangan kelas prasekolah hanya meningkat ke 9,651. Bukan itu sahaja, enrolmen murid prasekolah juga telah merosot dari 207,737 orang murid pada tahun 2020 ke 200,143 orang murid pada tahun 2021. Satu kemerosotan yang amat membimbangkan.

Tahun

Bilangan Kelas Prasekolah

Peningkatan

Enrolmen

Peningkatan

2018

9,366

 

203,690

 

2019

9,465

+99

205,200

+1,510

2020

9,609

+144

207,737

+2,537

2021

9,567

+42

200,143

-7,594

KPM patut terus memperkembang pendidikan prasekolah dengan menambah lagi kelas prasekolah di semua sekolah rendah di bawah KPM dan pada masa yang sama, memberi tawaran kepada ramai lagi graduan ISMP PAKK yang amat berminat untuk menjadi pendidik di KPM.

Inilah usaha paling efektif untuk memastikan penyertaan sejagat dan enrolmen penuh dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah atas.