Skip to content

Ramai petugas media masih belum menerima tarikh temu janji suntikan vaksin

Pada bulan lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa seramai 5,867 orang dari 114 syarikat media akan diberi suntikan vaksin secepat mungkin, dan senarai nama telah diserahkan kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).

Semalam, semasa Khairy mengunjungi Pusat Pemberian Vaksin di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur, beliau sekali lagi memaklumkan kepada petugas media bahawa beliau akan mengatur temu janji vaksinasi secepat mungkin.

Walau bagaimanapun, ramai petugas media, terutamanya petugas media barisan hadapan yang bertugas masih belum menerima tarikh temu janji sehingga hari ini.

Saya berpendapat bahawa:

  1. CITF perlu menambahbaik sistem temu janji dan memaklumkan temu janji 3 hari lebih awal. Hal ini kerana, pusat pemberian vaksin hanya menerima senarai nama pada pagi hari berkenaan atau petang hari sebelumnya. Ia telah menyebabkan ramai orang terlepas temu janji kerana mereka menerima notifikasi pada hari mereka perlu hadir untuk vaksinasi. Terdapat juga sesetengah yang mendapat tarikh luput di mana “kembali ke tarikh yang telah lepas”.
  2. CITF harus mengatur tarikh temu janji untuk petugas media beberapa hari sebelumnya, bahkan membenarkan wartawan menggunakan pas media untuk vaksinasi di tempat bertugas, kerana wartawan harus bergegas menemubual dan menulis artikel untuk berita terkini.

Mengatur tarikh temu janji bukanlah seperti masalah matematik yang rumit. Sejak vaksin diberikan pada bulan Mac, pengaturan dan pemberitahuan awal masih belum dapat diselesaikan. Ini adalah penyelewengan pentadbiran yang sangat tidak masuk akal.