Pada 30 Januari, saya telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihak kerajaan perlu mengeluarkan “Strategi Anti-Epidemik Nasional” dengan memberikan penekanan polisi terhadap empat tugas utama, iaitu pencegahan epidemik, pemeriksaan, kuarantin dan pentadbiran vaksin; dan ia mestilah digubal berdasarkan epidemiologi dan langkah-langkah anti-epidemik yang spesifik.
Kini, saya berhasrat ingin memberikan penekanan terhadap “ *Rangka kerja Vaksinasi Nasional* ” untuk mencapai pemulihan dan perlindungan ekonomi dengan kaedah yang paling pantas dan menyeluruh berdasarkan tiga aspek, iaitu *Pendedahan Risiko, Kritikal, Sektor Ekonomi Penting,*
Rangka kerja ini hendaklah mempunyai strategi yang efektif berdasarkan:
- Pendedahan kepada risiko jangkitan. Meskipun tidak dapat dinafikan bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti virus Covid-19, pasukan PERUBATAN barisan hadapan, termasuklah pekerja pembersihan hospital dengan profil risiko yang jauh lebih tinggi dan diberikan keutamaan di antara pasukan barisan hadapan kerajaan yang lain.
- Secara kritikal perlu diberikan pertimbangan di antara kelompok masyarakat yang dikategorikan dalam kumpulan yang sama agar rangkaian perlindungan ini dapat dibina dalam jangka masa yang paling singkat. Tamsilnya, para guru yang mempunyai komorbiditi perlu diberikan keutamaan terutamanya ketika kita berhadapan dengan kekurangan sumber dan stok. Jadi, berdasarkan prinsip ini, anggota lembaga pengarah hospital adalah dinilai sebagai kelompok yang kurang kritikal, atau dalam kata lain kurang berisiko berbanding dengan pekerja pembersihan wad pesakit.
- Sektor penting hendaklah ditakrifkan semula berdasarkan strategi pemulihan ekonomi negara. Apabila menyentuh berkaitan dengan program vaksinasi, lima sektor ekonomi penting yang telah diwartakan oleh MITI, iaitu sektor pembuatan, sektor pembinaan, sektor perkhidmatan, sektor perdagangan dan pengedaran dan sektor perladangan dan komoditi, mestilah ditakrifkan semula. Kita hendaklah menggunakan sepenuhnya analisis data besar untuk memperoleh maklumat yang lebih tepat dalam menentukan aktiviti sektor ekonomi yang mana mempunyai kesan yang paling besar dan penting untuk pemulihan ekonomi Malaysia. Sektor penerbangan, kakitangan imigresen dan sempadan boleh menjadi salah satu sektor yang paling penting untuk membuka semula sempadan negara bagi memberikan kebenaran kepada perjalanan perniagaan antarabangsa. Hal ini sekaligus dapat menarik pelaburan asing ke Malaysia. Sektor pelancongan, sektor makanan dan minuman yang berada pada tahap kelangsungan yang kritikal boleh juga disenaraikan sebagai sektor yang terpenting di antara perkhidmatan yang lain sebagai tujuan untuk menjimatkan kos ratusan ribu bagi penyediaan peluang pekerjaan.
Untuk memperoleh kepercayaan masyarakat terhadap vaksinasi dan bagi memastikan ketelusan serta keberkesanan tahap pengedaran vaksin, Kementerian Kesihatan Malaysia seharusnya perlu:
- Menerbitkan senarai penerima vaksin mengikut sektor, agensi dan jabatan secara terperinci untuk mengelakkan timbulnya keraguan dalam kalangan masyarakat dan warganet, seperti istilah “potong barisan VIP” di bawah senarai penerima vaksin hospital ini.
- Memandangkan wujudnya kerumitan dalam penyimpanan vaksin, senarai bekalan vaksin yang disimpan dan masih belum digunakan perlu dibuat dengan telus sebagai persediaan untuk hari mendatang. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran dan bagi memastikan sebanyak mungkin orang diberikan vaksinasi dengan kadar yang segera.
- Sediakan garis panduan rasmi dan terperinci untuk kelompok yang menghidap penyakit kronik. Hal ini kerana, kelompok inilah yang kini masih lagi mempunyai banyak persoalan dan keraguan terutamanya golongan warga emas.