Kami, Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, merayu dan menyeru YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya segera mengarahkan Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung status kewarganegaraan automatik kepada bayi yang dilahirkan di luar negara oleh ibu kandung rakyat Malaysia selarang dengan semangat “Keluarga Malaysia”.
Tambahan pula, YAB Perdana Menteri harus memastikan Kementerian Dalam Negeri menghormati dan melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 9 September 2021 yang lepas, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Akhtar Tahir di dalam penghakimannya telah menyatakan bahawa perkataan “bapa” dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan perlu juga bermaksud “ibu”.
Ini merupakan satu langkah yang amat progresif di dalam sistem perundangan Malaysia dan seharusnya disokong oleh semua pihak, kerana jelas di sini, penafsiran Perlembagaan sebelum ini adalah secara tidak langsung telah bersifat diskriminasi terhadap golongan wanita.
Hak kerakyatan sepatutnya diberikan kepada anak-anak yang lahir di luar negara, sama ada dari bapa ataupun ibu yang merupakan rakyat Malaysia.
Sekiranya pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan adalah diperlukan, kami adalah komited untuk memberi sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi kepada YAB untuk membawa kelegaan kepada para ibu dan anak-anak mereka yang menderita.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
AHLI PARLIMEN PENGERANG
Dato’ Sri Hajah Rohani Binti Abdul Karim
AHLI PARLIMEN BATANG LUPAR
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun
AHLI PARLIMEN BEAUFORT
Che Alias Hamid
AHLI PARLIMEN KEMAMAN
Salahuddin Ayub
AHLI PARLIMEN PULAI
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
AHLI PARLIMEN MUAR
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah
AHLI PARLIMEN KUBANG PASU
Fuziah Salleh
AHLI PARLIMEN KUANTAN
Isnaraissah Munirah Majilis
AHLI PARLIMEN KOTA BELUD
Wilfred Madius Tangau
AHLI PARLIMEN TUARAN
Teo Nie Ching
AHLI PARLIMEN KULAI
Hannah Yeoh
AHLI PARLIMEN SEGAMBUT
Alice Lau Kiong Yieng
AHLI PARLIMEN LANANG