Skip to content

RENCANA PEMBANGUNAN DITERUSKAN, TERAS KEBERSAMAAN KERAJAAN PERPADUAN PENCETUS INSPIRASI PENYATUAN DEMI MASA DEPAN NEGERI PULAU PINANG

Tanggal 6 Julai 2024 telah ditetapkan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap. Justeru, semua pengundi yang layak dan berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, buatlah pilihan yang tepat dengan memberikan sokongan dan dukungan kepada calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan. Ini adalah demi kesinambungan perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita sedang kecapi kini.

Terbukti, di bawah Kerajaan Perpaduan pelbagai inisiatif telah dilakasanakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat termasuk di DUN Sungai Bakap. Antara yang paling ketara adalah penambahbaikan perkhidmatan bekalan air di seluruh Seberang Perai khususnya di Mukim 5 Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan (SPS) yang mana baru-baru ini, Modul Rawatan Air Pengapungan Udara Terlarut atau Dissolved Air Flotation (DAF) Module di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Panchor yang bernilai RM18.6 juta telah siap dibina serta mampu menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi.

Sejak 2022, sebanyak RM21.36 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan lima projek membabitkan pembinaan rumah pam di Permatang Tinggi, Seberang Perai Tengah (SPT); LRA mudah alih di Taman Sungai Duri Indah serta pemasangan tangka sedutan baharu di Stesen Pam Taman Widuri dan Taman Wellesley. Selain itu, tiga projek tambahan juga akan dilaksanakan tahun ini untuk menangani isu air secara menyeluruh iaitu Pakej 12A di LRA Sungai Dua, Seberang Perai Utara (SPU) bernilai RM31 juta; pembinaan ‘LRA Kompak’ bernilai RM4 juta di Sungai Kerian dan penambahbaikan saluran paip di Jalan Permatang Pauh ke Jalan Kampung Bagan Serai SPT yang dijangka akan dilaksanakan pada Julai ini dengan kos RM2.2 juta. Kesemuanya tertumpu kepada kawasan Seberang Perai yang merupakan masa depan negeri Pulau Pinang.

Pada skala besar, melalui inisiatif bersama Kerajaan Perpaduan, usaha untuk menyediakan bekalan air melalui Projek Air Perak – Pulau Pinang bakal direalisasikan sekali gus menjadikan perkhidmatan pembekalan air kepada rakyat di negeri ini lebih terjamin khususnya di DUN Sungai Bakap, daerah SPS. Kita berharap perjanjian projek berkenaan dapat dimeterai pada tahun ini juga.

Oleh itu, undilah calon Pakatan Harapan demi kelangsungan masa hadapan. Berpeganglah pada tekad bahawa kemenangan calon PH akan meneruskan segala usaha pembangunan yang telah direncanakan demi masa depan negeri Pulau Pinang yang lebih makmur. Jadikanlah teras kebersamaan Kerajaan Perpaduan sebagai sumber inspirasi penyatuan rakyat yang berbilang bangsa dan tolak sama sekali sentimen yang boleh merosakkan tautan perpaduan ini.

Sekian, terima kasih.