Serangan Taliban yang membunuh sekurang-kurangnya 148 nyawa, majoritinya kanak-kanak, di sebuah sekolah yang diurus pihak tentera di sebuah daerah Barat Laut Pakistan berkesudahan dengan senario kehancuran yang menyayat hati, dengan lopak-lopak darah korban kanak-kanak.
Serangan terhadap sekolah dan kolej awam tentera di bandar Peshawar pada hari Selasa adalah pembunuhan jiwa-jiwa tidak berdosa yang paling teruk di negara itu dan membawa rasa terkejut kepada sebuah negara yang telah pun letih dibantai pengganas tanpa henti.
Jawatankuasa Asia Pasifik IUSY yang kini sedang bersidang menyatakan;
Kami percaya kepada maruah dan nilai nyawa manusia dan menentang segala bentuk ketidakadilan dan penghinaan terhadap nilai nyawa manusia, justeru menentang segala jenis keganasan terutamanya yang menyasarkan orang awam yang tidak berdosa termasuk anak muda;
Kami mengiktiraf perlunya kebertanggungjawaban, bukan hanya di pihak Taliban, tetapi juga kerajaan Pakistan atas dasarnya membantu Taliban dan kumpulan lain sepertinya dalam usaha mengekalkan kuasa politik;
Kami turut mengiktiraf bahawa ketegangan di daerah tersebut yang kian meningkat adalah hasil kerja Amerika Syarikat yang bertujuan mewujudkan hegemoni ekonomi dan ketenteraan serentak dengan strategi pivotnya di Asia. Serangan unilateral drone Amerika yang diketuai pihak CIA yang kononnya dirangka untuk menyasarkan tempat persembunyian Taliban dan kumpulan ekstremis yang lain telah mengakibatkan banyak korban orang awam serta hanya dijadikan alat merekrut boleh pelbagai kumpulan pengganas dan ekstremis.
Oleh yang demikian, IUSY APC membuat resolusi bahawa;
Kami bersama-sama rakkyat Pakistan menyeru supaya keadilan dan akauntabiliti terlaksana bagi pihak mangsa-mangsa pembunuhan beramai-ramai tersebut, dan bersolidariti bersama usaha Pakistan ke masyarakat yang bebas, demokratik, terbuka dan damai.
Kami mengutuk tindakan gasar puak Taliban terhadap mangsa-mangsa tidak berdosa, yang kebanyakannya murid sekolah, dan juga pencerobohan tentera Amerika di daerah tersebut yang terus menambah konflik dan perbalahan.
Kami menyokong pendekatan yang mendahulukan orang ramai dalam usaha ke arah kestabilan dan keamanan serantau yang tidak berpijak kepada kepentingan geo-politik sempit tetapi penglibatan sebenar dan keterlibatan orang ramai.