Skip to content

Respons DAP terhadap kenyataan Nurul Izzah

Saya merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah bertarikh 1 Mei 2016 berkenaan dengan isu pertembungan 3 penjuru di Pilihanraya Negeri Sarawak.

Pihak DAP bersetuju bahawa fokus kita pada ketika ini ialah menumpukan segala perhatian untuk menentang Barisan Nasional menjelang hari pengundian untuk Pilihanraya Negeri Sarawak pada 7 Mei 2016.

Namun, pihak kami ingin menegaskan bahawa kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 30 April 2016 adalah berdasarkan fakta dan bukti bertulis yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 7 April 2016 serta nota-nota komunikasi sehingga malam sebelum hari penamaan calon.

Pihak kami juga bersetuju bahawa kini bukan masanya untuk membincangkan perkara ini namun segala fakta dan bukti bertulis akan dibentangkan dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Harapan selepas berakhirnya kempen Pilihanraya Negeri Sarawak kelak.