Saya ingin menyeru Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Aziz meluluskan pembinaan Klinik Kesihatan Mak Mandin dalam kawasan Parlimen Bagan yang baru menggantikan yang lama dan kini tidak mampu menampung keperluan orang awam yang kian meningkat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperuntukkan sebanyak RM903.04 juta di bawah belanja mengurus bagi tahun 2022 untuk tujuan pengurusan dan pengoperasian 6 buah hospital manakala sebanyak RM235 juta di bawah pengurusan klinik kesihatan di Pulau Pinang.
Dalam jawapan bertulis kepada saya, Menteri Kesihatan menyatakan bahawa di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) tahun 2022, sebanyak RM197.8 juta telah diperuntukkan untuk projek-projek pembangunan di Pulau Pinang bagi melaksanakan projek-projek berikut:
- pembinaan multi storey block Hospital Seberang Jaya;
- Naik taraf Jabatan Kecemasan, Unit Forensik dan Patologi Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang;
- Pembinaan Blok Wanita dan Kanak-kanak Hospital Pulau Pinang; dan
- Pembinaan blok baharu Pusat Perkhidmatan Stem Sel, Hospital Pulau Pinang.
Di samping itu, KKM telah mengemukakan permohonan di bawah Rolling Plan 3, RMKe-12 untuk tahun 2023 bagi pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) dan Kuarters Integrasi Mak Mandin, Pulau Pinang. Walaubagaimabapun, senarai muktamad projek yang diluluskan di bawah RP3, RMKe-12 tahun 2023 akan diketahui selepas Bajet 2023 diluluskan oleh Parlimen.