Skip to content

RM2.6 juta dikeluarkan kepada 404 pelajar Tabung Amanah Pinjaman Penuntut dan 1,166 pelajar Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2016

Kerajaan Negeri bertekad untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pilihan utama bagi pelabur, pelancong dan juga bandaraya berdaya huni di Malaysia. Kerajaan Negeri memberikan penekanan kepada tiga bidang utama iaitu yang pertama tata kelola Kerajaan yang baik; kedua membina modal insan; serta ketiga membangunkan infrastruktur dan digital connectivity.

Kerajaan Negeri sememangnya serius dalam mentranformasikan Pulau Pinang kepada hab bakat. Untuk tujuan ini, kami menyedari bahawa bakat manusia mesti dihargai, dipupuk dan digunakan untuk potensi sepenuhnya. Kami juga menyedari bahawa banyak bakat yang mempunyai potensi terjejas oleh antara lain, disebabkan pembiayaan kewangan yang tidak mencukupi.

Justeru itu, Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang dan Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang diperkasakan agar membantu mentransformasikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bertaraf antarabangsa dan pintar.

Lembaga Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang ditubuhkan pada 9 Disember 1950 di bawah Settlement of Penang Scholarship Fund Enactment 1950. Tujuan penubuhannya adalah untuk memberikan pinjaman kepada anak-anak Negeri Pulau Pinang lepasan SPM yang mendapat tawaran dari Universiti Awam dan Swasta tempatan bagi menampung kos dan perbelanjaan mereka ketika di Universiti. Bantuan yang ditawarkan adalah dalam bentuk pinjaman yang perlu di bayar balik selepas 6 bulan tamat belajar. Perincian maklumat berkenaan kadar pinjaman yang ditawarkan mengikut jenis pengajian boleh didapati melalui melalui laman sesawang www.penang.gov.my atau www.epp.penang.gov.my.

Anggaran pengeluaran pinjaman dan tanggungan tahunan bagi Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang adalah lebih kurang RM2 juta.

Lembaga Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang pula telah ditubuhkan di bawah Enakmen Kumpulan Wang Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang 1960 dengan tujuan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di Negeri Pulau Pinang. Biasiswa ini dikendalikan melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang.

Kadar bayaran Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang telah dinaikkan oleh Kerajaan Negeri sebanyak dua (2) kali mengikut keperluan semasa pelajar. Berikut adalah statistik kadar bayaran Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang mengikut tahun.

Bantuan biasiswa ini diberikan kepada semua sekolah di Pulau Pinang. Bilangan penerima Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang mengikut daerah dan jumlah peruntukan dari tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti berikut:

Sebanyak RM2.6 juta dikeluarkan kepada 404 pelajar Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang dan 1,166 pelajar Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2016.