Skip to content

Salam Hari Kemerdekaan

Laporan ketua audit negara tahun 2019 membuktikan semasa PH memerintah Perak, rizab negeri telah meningkat sebanyak RM203 juta sehingga menjadi RM1.28 billion, pencapaian ini adalah rekod yang paling tinggi dalam sejarah.

Pada masa yang sama, hutang negeri juga berjaya menurun sebanyak RM57.49 juta. Jumlah hutang negeri telah turun dari RM313 juta menjadi RM255 juta atau berkurangan 18.4%.

Pentadbiran PH juga berjaya meningkatkan jumlah hasil sebanyak RM25.73 juta iaitu dari RM1.06 billion menjadi RM1.095 billion.

Selain itu, kerajaan PH Perak juga berjaya mencatat lebihan belanjawan melebihi RM105 juta dalam tempoh yang sama.

Kini fakta terbukti Pakatan Harapan bukan saja mampu mentadbir, malah PH adalah pilihan terbaik untuk menerajui pentadbiran tanahair kita.

Salam hormat kepada semua pada ambang kemerdekaan.