Skip to content

Saluran tertentu telah disediakan untuk membolehkan mereka yang dikenakan kompaun di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 Ordinan Darurat 2021 menghubungi DAP

Selaras dengan pengumuman saya semalam, Biro Guaman DAP telahpun menyediakan saluran tertentu untuk membolehkan mereka yang dikenakan kompaun di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 Ordinan Darurat 2021 untuk menghubungi kami untuk tindakan selanjutnya.

Mereka yang terlibat boleh menghubungi kami di saluran-saluran yang berikut:

  1. Melalui telefon: 0172552063
  2. Melalui emel: [email protected]

Sesalinan borang Google (https://tinyurl.com/AduanKompaunDAP) juga telahpun disediakan yang perlu diisi dengan maklumat yang tertentu untuk rekod kami.

Bantuan tersebut di atas adalah secara percuma dan merangkumi kesemua negeri. Kamii akan berjuang untuk menegakkan keadilan demi kepentingan Rakyat.

Kami berpendapat bahawa undang-undang baru tersebut adalah melampau dan zalim dan boleh disalahgunakan oleh pihak berkuasa memandangkan tiada garis panduan yang seragam berkenaan cara ianya dilaksanakan.

Justeru itu, adalah perlu untuk mereka yang dikenakan kompaun ini untuk diberi pembelaan yang sewajarnya, terutamanya golongan B40 yang tidak mampu membayar kompaun tersebut dalam pandemik ini yang telahpun menjejaskan punca pendapatan mereka.