Skip to content

Sangat tidak membantu apabila Annuar Musa enggan mengaku kegagalannya mengawal kenaikan harga dan menasihatkan Perdana Menteri agar tidak terlalu fokus pada pilihan raya umum awal tetapi mengambil alih tanggungjawab untuk menangani inflasi

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa sekali lagi gagal menyenaraikan kejayaannya dalam mengawal harga makanan yang melambung tinggi dan kenaikan kos sejak beliau mengambil alih jawatan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Kabinet Jihad Tangani Inflasi pada Jun lalu. Tidak seperti Annuar Musa, saya tidak akan melakukan serangan peribadi tetapi menyenaraikan fakta dan angka.

Bolehkah Annuar Musa menjelaskan mengapa di sebalik usaha beliau, Inflasi yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat daripada 3.4% pada bulan Jun kepada 4.4% pada bulan Julai atau bahawa inflasi makanan meningkat daripada 6.1% pada bulan Jun kepada 6.9% pada bulan Julai? Bank Negara baru-baru ini menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada 2.25% kepada 2.5% secara utamanya untuk membendung inflasi dan peningkatan kos. Jelas bahawa inflasi menjadi lebih serius, secara langsung bercanggah dengan dakwaan Perdana Menteri dan Annuar Musa bahawa pasukan khas anti-inflasi kabinet berjaya mengawal kenaikan harga.

Adakah Bank Negara akan menaikkan OPR sekiranya inflasi terkawal? Tidak dapat menghadapi kenyataan bahawa pasukan khas anti-inflasi kabinet telah gagal, “tidak berkesan, tidak cekap dan tidak relevan” dan harus dibubarkan atau Annuar sebagai Pengerusi digantikan dengan Perdana Menteri, Annuar telah cuba mengalih perhatian perhatian dengan menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam menentukan OPR.

Saya tidak pernah meminta Annuar campur tangan untuk tidak menaikkan OPR kerana ini adalah dalam bidang kuasa Bank Negara. Annuar benar-benar keliru mengenai sebab dan akibat. Kegagalan Annuar untuk membendung kenaikan harga makanan adalah punca inflasi dan kesannya ialah Bank Negara menaikkan OPR untuk mengekang inflasi dengan tidak mengambil kira kesusahan kewangan yang dikenakan ke atas peminjam dan perniagaan.

Keberkesanan pasukan petugas yang diketuai oleh Annuar tidak akan dinilai oleh saya tetapi oleh hasil mereka yang menunjukkan peningkatan IHP dan inflasi makanan pada bulan Julai. Adakah Annuar berani turun padang ke kedai kopi dan pasar untuk menafikan kesengsaraan yang dihadapi oleh pengusaha perniagaan dan rakyat biasa dengan kenaikan harga?

Kita boleh baca dalam laporan berita berkenaan aduan oleh naib presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) C. Krishnan mengenai kos operasi yang tinggi meningkat sebanyak 30% berikutan kenaikan harga utiliti, bahan mentah, logistik dan gaji. PRIMAS mendakwa 30% restoran telah ditutup kerana mereka tidak lagi dapat mengekalkan perniagaan mereka.

Annuar Musa akan terus menafikan kegagalannya mengawal kenaikan harga untuk menyelamatkan pekerjaannya dan menikmati faedah sebagai Menteri. Tetapi dia sangat tidak membantu rakyat Malaysia dengan tidak menerima kenyataan, apabila dia sepatutnya menasihati Perdana Menteri untuk mengambil alih pasukan petugas anti-inflasi. Perdana Menteri sepatutnya tidak menghabiskan terlalu banyak masa untuk mengadakan pilihan raya awal tetapi bekerja keras untuk melawan inflasi bagi pihak rakyat Malaysia.