Ringgit menyusut ke paras terendah terbaru RM3.2321 berbanding Dolar Singapura sementara berlegar pada rekod terendah dalam 5 tahun RM4.46 berbanding Dolar AS semalam. Ringgit dijangka terus susut berikutan penurunan harga minyak mentah dan minyak kepala sawit. Ekonomi AS juga mengalami kemelesetan teknikal selepas KDNK negara itu jatuh 0.9% pada suku kedua selepas menguncup 1.6% pada suku pertama.
Penurunan ringgit berbanding dua daripada tiga rakan dagangan terbesar negara ini membawa risiko peningkatan kos perniagaan dan kos sara hidup yang lebih tinggi serta kelembapan ekonomi akibat kemelesetan teknikal AS. Dasar kerajaan yang berubah-ubah dan ketidakupayaan untuk mengekang rasuah telah menyebabkan tabung kerajaan hampir kehabisan wang. Penyahkawalseliaan dasar dan liberalisasi kuota adalah satu-satunya cara yang tinggal untuk memulihkan keyakinan perniagaan.
Masalah kekurangan tenaga buruh kerana kesalahan sendiri dalam tempoh satu tahun lepas melibatkan sebanyak 1.2 juta pekerja yang disebabkan oleh karenah birokrasi, kekeliruan antara Kementerian, dan ketidakupayaan kerajaan untuk menunaikan janjinya dalam Memorandum Persefahaman dengan Indonesia adalah definisi sebuah kerajaan yang gagal dan ketidakcekapan Menteri Sumber Manusia S. Saravanan. Perniagaan Malaysia telah menanggung kerugian yang besar akibat kegagalan kerajaan. Sektor kelapa sawit, industri sarung tangan getah dan pengeluar komponen automotif berdepan kerugian berjumlah RM33.5 bilion akibat kekurangan buruh.
Jumlah RM33.5 bilion kerugian daripada kekurangan buruh tidak termasuk kerugian dalam industri selain kelapa sawit, alat ganti kereta atau sarung tangan getah. Jika kerugian daripada sektor pembuatan, peruncitan dan hospitaliti, pelancongan dan perkhidmatan lain dikumpulkan, jumlah kerugian akan mencecah puluhan bilion ringgit. Banyak perniagaan terpaksa menolak tempahan baharu atau ditutup kerana kekurangan buruh asing. Sesetengah majikan begitu terdesak sehingga terdapat laporan membayar RM1,500 hingga RM1,800 setiap seorang untuk mendapatkan buruh asing.
Menteri Sumber Manusia S. Saravanan perlu permudahkan prosedur pengambilan buruh asing yang telus bukan sahaja untuk mengatasi rasuah tetapi juga untuk mengawal kemerosotan nilai Ringgit dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang akan terjejas dengan ekonomi AS mengalami kemelesetan teknikal. Desentralisasi permohonan kepada negeri-negeri berasingan dan bukan hanya di Putrajaya adalah langkah pertama tetapi permohonan perlu dipermudahkan dan diproses dengan cepat. Saravanan harus memberikan laporan penuh dengan laporan mingguan tentang jumlah buruh asing yang diproses berbanding jumlah permohonan.