Skip to content

Satu kes baru positif COVID-19 dicatatkan di Pulau Pinang

Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung satu (1) kes baru positif COVID-19 telah dicatatkan di Pulau Pinang, sebagaimana yang telah diumumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sebentar tadi.

Dengan ini, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan adalah sebanyak 122 kes sekaligus memadamkan status negeri Hijau yang dipegang oleh Pulau Pinang sejak 91 hari lalu.

Kerajaan Negeri memohon agar seluruh rakyat Pulau Pinang untuk kekal bertenang dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri menyeru supaya seluruh rakyat Pulau Pinang untuk terus mematuhi tatacara prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk amalan 4P iaitu Penjarakan fizikal; Pakai pelitup muka; Pencucian tangan menggunakan sabun dan Perhatikan gejala COVID-19 demi kesihatan dan keselamatan orang tersayang dan juga komuniti kita.

Penang Lawan COVID-19!