Saya tidak percaya yang pengampunan bekas perdana menteri, Najib Abdul Razak, boleh membawa nafas baru kepada UMNO selepas kekalahan parti tersebut dalam dua pilihan raya umum yang lepas bukan kerana saya takutkan Najib.
Saya mahu kerajaan perpaduan Anwar untuk berjaya dan perkara ini bermakna saya mahu UMNO untuk menjadi lebih kuat dari kedua-dua PAS dan Bersatu, dan saya percaya, satu-satunya cara untuk mengembalikan UMNO kepada kegemilangannya seperti dahulu adalah dengan parti tersebut kembali berpegang kepada dasar dan prinsip-prinsip asas pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara, prinsip dan dasar yang disokong oleh tiga Perdana Menteri terawal negara – Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn – yang merangkumi perkara seperti mengembalikan kebebasan badan kehakiman dan memberikan keutamaan kepada usaha memerangi rasuah.
Presiden UMNO pada hari ini, Zahid Hamidi, telah menyalahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kebencian parti tersebut dan sesetengah ahli UMNO terhadap DAP.
Dia mengatakan bahawa Mahathir, semasa dalam parti tersebut, memberikan gambaran yang salah mengenai DAP.
Dia berkata: “Tetapi akhirnya, dia juga yang menerima mereka dan melibatkan mereka dalam kerajaan.
“Malah, Pas dan Bersatu juga menerima mereka sebelum ini.”
Pada tahun 2013, Mahathir mahukan saya mati, tetapi saya mendoakan supaya Mahathir hidup sehingga 100 tahun untuk melihat sendiri kemerosotan dan penamat Mahathirisme.
Mahathir memulakan misinya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 untuk berkempen di kerusi parlimen Gelang Patah untuk menjadi tempat ini “kubur” politik saya.
Semasa kempen pilihan raya umum ke-13, Mahathir menyeru rakyat Johor untuk mengumpulkan tenaga mereka untuk memastikan negeri Johor menjadi “kubur” saya, dan seruan ini mendapat respons gemuruh dari Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengisytiharkan bahawa saya “terperangkap” di Gelang Patah dan bahawa saya sudah “tamat” dari segi politik.
Gelang Patah semasa PRU13 merupakan saat “hidup mati” politik saya, tetapi demi cinta saya terhadap Malaysia, saya bersedia untuk dikorbankan dengan meninggalkan kerusi selamat di Ipoh Timor yang saya menangi pada tahun 2008 dengan majoriti lebih dari 21,000 undi ke kerusi risiko tinggi di Gelang Patah di mana MCA/BN telah menang dengan majoriti 8,851 undi pada tahun 2008 dan majoriti gergasi 31,666 undi pada tahun 2004.
Saya berjaya melepasi ujian ini dan menang dengan majoriti 14,762 undi dan seterusnya memenangi kerusi parlimen Iskandar Puteri (selepas pertukaran nama kawasan parlimen) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018 dengan majoriti sebesar 44,864 undi. Liew Chin Tong telah memenangi kerusi Iskandar Puteri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada tahun 2022 dengan majoriti sebesar 60,036 undi.
Hidup ini terlalu singkat untuk menyimpan perasaan seumur hidup terhadap mana-mana orang. Saya masih terkejut melihat perubahan Mahathir baru-baru ini apabila dia kembali ke arah Mahathirisme dan masih berharap yang dia dapat kembali mendakap idea Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia.
Kita tidak boleh memimpin rakyat Malaysia, yang dibentuk dari pelbagai kumpulan etnik, agama, dan budaya ke jalan mati.
Mengapakah Malaysia tidak boleh menjadi negara contoh persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun kepada dunia, atau “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” seperti yang dikatakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman?