Skip to content

Saya memfailkan notis kebankrapan kepada Jamal Yunos yang gagal membayar gantirugi saman fitnah RM351,479.45 kepada saya seperti apa yang diarahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi

Peguam saya SN Nair & Partners telah memfailkan notis kebankrapan terhadap Jamal Yunos kerana Jamal gagal mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi dalam sut saman fitnah yang memerintahkan Jamal untuk membayar jumlah RM300,000 sebagai gantirugi dan kos tindakan sebanyak RM50,000 kepada saya.

Latar-belakang

Saya memfailkan sut saman fitnah terhadap Jamal Yunos pda 6 April 2017, kerana Jamal Yunos menuduh saya menyelewengkan RM2 juta dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Pada 26 Julai 2022, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Arief Emran Arifin membuat keputusan yang mengarahkan Jamal Yunos untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 300,000 kepada saya dalam tempoh 14 hari berserta kos tindakan sebanyak RM 50,000.

Sehingga hari ini, saya masih belum terima apa-apa wang ganti rugi dan kos daripada Jamal Yunos. Jumlah keseluruhan ganti rugi dan kos tindakan berserta faedah penghakiman yang terkumpul daripada 26 Julai 2022 sehingga 30 Ogos 2022 adalah berjumlah RM 351,479.45.

Justeru, saya mengarahkan peguam saya Tetuan S.N Nair & Partners memfailkan notis kebangkrapan terhadap Jamal Yunos atas sebab sikap mengambil remeh dan tidak acuh oleh Jamal Yunos.

Sekiranya Jamal Yunos masih tidak mematuhi permintaan-permintaan notis kebankrapan tersebut, langkah perbicaraan kebangkrapan akan dijalankan terhadapnya dan beliau boleh diisytiharkan sebagai seorang bankrap pada akhir perbicaraan.