Saya mungkin orang yang paling banyak difitnah dalam sejarah Malaysia, tetapi perkara ini tidak menghalang saya dari menjalankan tanggungjawab saya dengan penuh setia untuk berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dunia.
Seperti yang saya belajar di Sekolah Rendah Cina Cheng Siu pada tahun empat puluhan, ibu kepada general Yue Fei dari dinasti Song mencacahkan empat perkataan di belakang badannya, jìn zhōng bào guó 盡忠報國 (berkhidmat untuk negara dengan kesetiaan penuh), tetapi negaranya di sini untuk semua orang adalah Malaysia dan bukannya China.
Saya telah katakan dalam ucapan pertama saya di Parlimen 52 tahun yang lepas pada 23 Februari 1971 yang Malaysia ada dua tugas besar:
- Untuk mengembalikan perpaduan negara dan menghentikan polarisasi perkauman dalam negara dengan memberikan jaminan kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum mereka, yang mereka ada peluang yang sama di Malaysia, dengan membuang ketidakseimbangan dalam pelbagai bidang kehidupan di Malaysia yang telah menyebabkan pengasingan dan antagonisme di antara kaum;
- Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap proses demokrasi berparlimen dengan mengamalkan demokrasi berparlimen dengan cara yang bermakna, kerana tanpa proses sebegini, tidak mampu untuk adanya negara majmuk Malaysia yang berbilang kaum, di mana semua orang mempunyai tempat yang saksama di bawah matahari Malaysia.
Dua tugas ini kekal sebagai cabaran terbesar Malaysia selepas setengah abad usaha membina negara dan kedua-dua perkara ini perlu menjadi kriteria untuk menilai kerajaan perpaduan Anwar dalam Pilihan Raya Umum ke-16 pada tahun 2027 – sama ada mereka berjaya menggunakan kestabilan politik dalam empat tahun yang akan datang untuk memastikan adanya perpaduan yang lebih erat dalam Malaysia majmuk, untuk Malaysia bukan sahaja setakat menjadi model demokrasi, tetapi menjadi sebuah negara yang berjaya, progresif, dan makmur di dunia.
Saya telah melawat Balai Seni Negara semalam untuk melihat pameran digital, Atma Kirana, yang menunjukkan “jiwa” indah Rukun Negara.
ATMA KIRANA merupakan sebuah pameran seni yang menggunakan 100 panel LED yang digunakan semula untuk mempamerkan lima motif bunga-bunga yang unik berasaskan kepada lima prinsip Rukun Negara.
Motif-motif ini adalah Percaya, Setia, Luhur, Adil dan Baik.
100 panel LED yang digantung terapung ini menunjukkan percampuran warna dan cahaya yang menunjukkan kepelbagaian di Malaysia.
Perkara yang berlegar-legar di minda saya semasa lawatan ini adalah orang yang sudah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, selama hampir 24 tahun, patut melawat pameran digital mengenai Rukun Negara ini, supaya dia tidak lagi mengarut dan mengatakan yang usaha mempromosikan Malaysia majmuk berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.