Skip to content

Saya Sayang Pulau Pinang

Sejak Pakatan mengambil alih pentadbiran pada 8 Mac 2008, kita telah melangkaui semua jangkaan dalam mewujudkan tadbir urus baik dan kepimpinan yang bersih, membina infrastruktur awam, membangunkan modal insan, mempromosikan seni dan kebudayaan, merangkumi pembangunan yang mampan, melaksanakan projek kemasyarakatan melalui pendekatan 4P (public, private, people andprofessional), menghapuskan kemiskinan tegar dan mewujudkan masyarakat yang harmoni saling menghormati perbezaan agama serta kepercayaan.

Pakatan telah memenuhi janji-janji kami sejak 10 tahun lalu dengan pengukuhan kewangan Kerajaan Negeri, menikmati pertumbuhan ekonomi yang teguh sebagai kluster pelaburan pembuatan dan menjadi destinasi pelancongan pilihan, memelihara bukit-bukau serta habitat semulajadi sebagai satu-satunya negeri yang tidak menyentuh satu inci persegi rizab hutan simpanan, memelihara Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town, sebuah hab kebudayaan dan merupakan bandar yang paling berdaya huni di Malaysia.

Pakatan juga telah melabur lebih banyak di Seberang Perai dengan RM2.3 bilion atau 77% daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3.1 bilion dalam tempoh 10 tahun ini yang dibelanjakan di Seberang Perai bagi memastikan pembangunan seimbang.

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 Pakatan Harapan menetapkan sasaran bagi tempoh 5 tahun akan datang untuk memastikan pencapaian lebih tinggi dengan 68 janji. Kesemua 68 janji ini memberi aspirasi untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri keusahawanan dan berkebajikan. Kami mahukan sebuah negeri yang hijau dan negeri berbasikal, dengan lebih banyak kawasan hijau, taman-taman malam dan lorong basikal khusus. 68 janji Pakatan membolehkan Pulau Pinang mencapai visi ke arah menjadi sebuah bandar antarabangsa serta pintar yang bersih, hijau, selamat dan sihat.

Pakatan juga berjaya memulihkan bandar yang pernah menjadi negeri paling kotor di Malaysia, menjadi salah satu negeri yang paling bersih di Malaysia dan antara negara-negara lain, kita berjaya menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang mendahului negeri-negeri lain di Malaysia. Walau bagaimanapun, tugas kita masih belum selesai.

Banyak lagi tugas yang perlu kami lakukan demi manfaat anak-anak kita hasil daripada kerja keras, semangat yang berkobar-kobar dan keupayaan rakyat Pulau Pinang, untuk memberi penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi. Kami mahu terus memberi peluang kepada rakyat Pulau Pinang sebuah platform yang mana mereka boleh menikmati peluang saksama untuk membina kediaman mereka, keluarga dan menjadikan impian mereka sebagai kenyataan. 68 janji ini dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 ‘Saya Sayang Pulau Pinang’ akan membantu kita mencapai impian bersama-sama.

Kami menghargai semangat dan kepercayaan rakyat Pulau Pinang yang tidak membenarkan impian mereka ‘mati’. Itulah sebabnya kami terus bertegas dengan impian kami untuk mempunyai Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai, laluan ketiga terowong di bawah dasar laut dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam (Butterworth) untuk penduduk di Seberang Perai Utara, penghapusan semua tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang, demokrasi perumahan dengan rumah untuk semua dan tenaga kerja terlatih mengikut piawaian bertaraf dunia.

Manifesto Pakatan Harapan adalah jauh lebih baik daripada BN. Manifesto BN adalah Manifesto negatif ‘Batal’ dengan menjanjikan untuk membatalkan projek terowong bawah dasar laut dan LRT kita. Tetapi BN tiada alternatif untuk membangunkan LRT dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah di bahagian pulau dan Seberang Perai.

Sekiranya kita mahu melaksanakan 68 janji ini, kita mesti menang dan menang lebih banyak kerusi. Saya tahu bahawa BN telah mensasarkan sekurang-kurangnya 8 kerusi DUN yang ‘terdedah’. Kami akan mempertahankan ia dan cuba mensasarkan 5 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen mereka.

Tidak ada jaminan pasti untuk menang. BN akan menggunakan setiap helah yang ada untuk memenangi kembali Pulau Pinang dalam apa jua keadaan. Marilah kita memastikan Pulau Pinang terus kekal bersama-sama Pakatan. Marilah kita memastikan kita mempertahankan 30 kerusi DUN dan 10 kerusi Parlimen supaya kita dapat mewujudkan kerajaan rakyat bukan sahaja di Pulau Pinangmalah juga di Putrajaya.

Kami berjanji akan berjuang untuk anda, untuk sebua Pulau Pinang yang lebih utuh dan lebih baik. Semangat Pulau Pinang atau semangat anak negeri Pulau Pinang yang berjuang melawan semua kemungkinan, yang menjadikan semua orang sayang Pulau Pinang. Marilah kita sayangi Pulau Pinang dengan memastikan janji ditepati, menjadi kerajaan berorientasikan rakyat yang berkerja untuk rakyat, mendengar suara rakyat dan memberikan harapan kepada rakyat!

Pakatan Harapan. Kami Sayang Pulau Pinang!

Pakatan Harapan. Kami Sayang Pulau Pinang!

Pakatan Harapan. Kami Sayang Pulau Pinang!