Saya setuju dengan MIC, Menteri Besar Kedah mesti letak jawatan.
Saya jarang bersetuju dengan pendapat MIC dalam banyak perkara.
Tetapi kali ini, saya rasa parti itu telah mengambil keputusan yang tepat untuk mendesak Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah untuk meletak jawatan.
Gesaan S. Vigneswaran, Presiden MIC mendesak Sanusi untuk meletak jawatan adalah sesuatu yang sewajar dan telah dinyatakan pada masa yang sesuai.
Namun, ianya masih terlalu awal untuk dianggap bahawa parti ini telah melepaskan diri dari perangkap kehambaan yang diundang oleh diri sendiri.
Sanusi yang telah menyakiti perasaan orang bukan Islam khususnya orang India, tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengundur diri.
Dalam beberapa bulan ini sahaja, Sanusi telah membuktikan tanpa keraguan yang dia bukan sahaja seorang yang bersifat perkauman tetapi juga seorang pelampau agama.
Dia telah menggunakan macam-macam alasan untuk mempertahankan perobohan kuil Hindu, yang berusia lebih dari seratus tahun.
Beberapa bulan yang lalu, pihak berkuasa tempatan negeri Kedah telah merobohkan sebuah kuil Hindu berusia satu abad di Alor Setar dengan alasan perobohan yang “sah” bahawa kuil itu diroboh untuk membina tempat letak motosikal.
Beberapa hari yang lalu, sebuah lagi kuil Hindu di Kuala Kedah telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan gelanggang futsal.
Mengapakah perlu bertindak terlalu melulu dan terdesak untuk membina tempat letak motosikal atau gelanggang futsal sehingga terpaksa merobohkan kuil-kuil Hindu yang wujud lama.
Sudah tentunya, Kerajaan Kedah mempunyai banyak tanah kerajaan negeri sedia ada yang boleh digunakan untuk tujuan awam tanpa merobohkan kuil-kuil.
Tindakan Sanusi bersifat perkauman dan bersungguh-sungguh dalam memusnahkan kuil Hindu menunjukkan bahawa dia merupakan liabiliti dan beban kepada kerajaan Kedah di bawah pimpinan PAS.
Sudah pasti dia memalukan kepemimpinan tertinggi parti dengan tidak menunjukkan rasa hormat kepada budaya dan kaum orang bukan Islam di Kedah.
Tidak ada pemimpin PAS yang berfikiran waras akan tidak memperuntukkan bantuan kewangan kepada kuil Hindu daripada hasil wang pembayar cukai.
Siapakah dia untuk menolak bantuan kewangan kepada kuil Hindu di Kedah?
Dana itu adalah daripada pembayar cukai bukan hasil titik peluh dia seorang.
Terserah kepada kepemimpinan PAS untuk memastikan sama ada dia harus kekal sebagai Menteri Besar Kedah atau tidak.
Saya rasa dengan pelaksanaan insiden-insiden yang kejam ini, kedudukan Sanusi sebagai Menteri Besar tidak dapat dipertahankan lagi.
Vigneswaran telah mencabar Sanusi untuk melarang MIC, jika gagal, dia harus meletak jawatan dan mengundurkan diri.
Pemimpin MIC telah menyatakan secara terbuka bahawa Sanusi adalah Menteri Besar yang tidak layak memegang jawatan yang dihormati kerana dia tidak menghormati orang bukan Islam di negeri ini.
Sanusi juga menyatakan sekiranya dia mahu dia boleh merobohkan struktur warisan Hindu-Buddha yang dibina pada zaman SriVijaya dan Chola yang terletak di Lembah Bujang, Merbok, Kedah.
Dengan berbuat demikian, dia mungkin akan mempertahankan tindakannya dengan mengatakan bahawa struktur dibina tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, malangnya ia adalah kenyataan yang betul tetapi ianya telah dibina kira-kira beberapa ribu tahun yang lalu!