Sebagai Ketua Angkatan Muda HARAPAN, saya merakamkan penghargaan kepada YB Duyong yang telah mengambil tindakan segera dalam kejadian bendera Malaysia terbalik di kilang Texas, Melaka.
Daripada mempopularkan diri dan menggunakan retorik politik perkauman, YB Duyong telah menampilkan cara berpolitik yang matang, iaitu menyemak kesahihan dengan kilang tersebut terlebih dahulu termasuk melihat rakaman CCTV dan sebagainya tanpa sibuk menuding jari.
Dalam kenyataan beliau, YB Duyong turut menyatakan pendirian dan langkah yang telah diambil beliau untuk mengelakkan “benda-benda bukan berlaku”.
Dalam negara kita yang berbilang kaum, memang adalah tanggungjawab ahli-ahli politik untuk memastikan tidak berlakunya benda-benda bukan seperti menatijahkan kedai-kedai peniaga terpaksa ditutup lantaran tindakan samseng yang menggugat ketenteraman awam.
Saya juga amat bersetuju dengan tindakan beliau dalam isu ini lantaran wakil rakyat sepatutnya berperanan untuk membina jambatan perpaduan dan menjaga keharmonian masyarakat, bukannya mengugut peniaga kecil dan menakut-nakutkan sekolah biasa ataupun bersikap dwi-piawaian dan hipokrit dalam isu yang sama.
Malaysia memerlukan ahli politik sedemikian, bukannya yang bermulut demi agama, bangsa dan tanah air tapi pada yang sama pula mempertikaikan kesetiaan orang lain dan merosakkan perpaduan kaum & keharmonian komuniti.