Skip to content

Seawal subuh pagi, PMX sudah memberikan maklum balas dalam kadar SEGERA dan bukannya menunggu orang lain untuk menyediakan teks ucapan.

Tidak ada karenah birokrasi dan tiada bahasa berbunga-bunga yang kabur.

Kenyataan rasmi yang berperingkat negara telahpun dikeluarkan SERTA-MERTA dan pendirian negara kita adalah cukup jelas, yakni bebaskan semua tahanan.

Sebagai pemuda, jangan kita sesekali keruhkan keadaan, tambahkan masalah, berlagak hero, ataupun menatijahkan ahli keluarga pemangsa menjadi lagi rimas.

Kalau tidak mampu membantu, mendoa-doakanlah agar semua tahanan khususnya warganegara Malaysia kekal selamat.

Setiap orang ada ahli keluarga masing-masing, cuba bayangkan perasaan anda kalau yang ditahan itu adalah ahli keluarga sendiri.

Wajib untuk kesemua kita berperanan sebagai benteng kepada PMX untuk memaksimakan kekuatannya untuk berunding di peringkat antarabangsa.

Hanya ada satu musuh di depan mata kita, iaitu Israel.