Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes beliau pada hari ini, begitu mengejutkan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, tetapi seluruh warga dunia yang mengikuti perbicaraan yang bermotif politik ini. Kami, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), merasa amat kecewa dengan keputusan para hakim.
Kami DAPSY bertekad akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dan menerajui gerakan reformasi rakyat hingga mencapai kemenangan dan menumbangkan parti Barisan Nasional yang korup dan kotor ini. Kami mahu membina politik dan demokrasi matang, bukan politik murahan dan berunsur fitnah.
Buat keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, semoga tabah dan cekal hati menghadapi detik yang amat sukar ini. Kami rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan terus berdiri teguh bersama keluarga anda dan calon pilihan kami sebagai Perdana Menteri Malaysia, iaitu Anwar Ibrahim.
Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit dan melakukan reformasi dengan memilih kerajaan baru dalam pilihanraya akan datang yang mampu mengubah nasib dan masa depan Malaysia, negara kita yang tercinta.
Lawan Tetap Lawan. Membujur Lalu Melintang Patah.