Skip to content

Sekiranya apa yang dikatakan Mahathir baru-baru ini betul, maka pemerintahannya selama hampir suku abad sebelum ini merupakan satu kegagalan besar

Sekiranya apa yang dikatakan Mahathir Mohamad baru-baru ini betul, maka pemerintahannya selama hampir suku abad sebelum ini merupakan satu kegagalan besar.

Mahathir bukan sahaja merupakan Perdana Menteri Malaysia dengan tempoh berkhidmat terpanjang, lebih dari 22 tahun dari 1981 hingga 2003, kemudiannya sekali lagi selama 22 bulan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 apabila dia dijatuhkan melalui konspirasi politik Langkah Sheraton.

Adakah kedua-dua pemerintahan Mahathir ini merupakan kegagalan penuh?

Hanya Mahathir sahaja yang tahu.

Tetapi, kebelakangan ini, dia bertindak secara aneh, memberikan istilah “Politik itu kotor” makna yang baharu. Dia bukan sahaja telah berbaik-baik semula dengan seorang individu yang dia katakan sebagai “pengkhianat”, dia juga telah menyerang seorang ahli politik muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan menggelarnya sebagai “ancaman” kepada kaum Melayu.

Saya sudah berada dalam arena politik Malaysia selama hampir 58 hampir, tetapi saya tidak pernah menyedari apa-apa cubaan dari orang bukan Melayu untuk mengubah nama Malaysia atau kononnya usaha mempromosikan Malaysia majmuk yang berbilang kaum bertentangan dengan Pelembagaan Persekutuan.

Amaran Mahathir yang kononnya Malaysia akan kehilangan keahliannya dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sekiranya kita mempromosikan Malaysia majmuk berbilang kaum mematahkan hujahnya sendiri – kerana Malaysia masih menjadi ahli OIC.

Malah, Malaysia mempunyai kadar peratusan populasi Muslim yang lebih tinggi berbanding dengan 14 negara OIC yang lain.

Adakah Mahathir cuba mengatakan yang OIC akan kehilangan suku dari negara ahlinya?

Enam pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos akan menentukan sama ada apa yang dikatakan oleh Mahathir ini diterima di Malaysia.

Amat menyedihkan apabila orang yang telah menjadi Perdana Menteri dua kali selama hampir suku abad kini berada sekumpulan dengan ahli politik yang sudah didedahkan sebagai tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat tuduhan liar dan tidak masuk akal yang tidak dapat dibuktikan apabila dicabar untuk berbuat demikian.

Adakah Mahathir akan mengatakan yang pemerintahan keduanya didominasi DAP?

Dalam bukunya, “Capturing Hope”, yang ditulis selepas dia dijatuhkan melalui konspirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020, Mahathir menulis:

“Pada masa yang sama, Kerajaan Pakatan Harapan bukanlah satu perjuangan tanpa tujuan. Jauh sekali. Sehingga hari ini, saya percaya yang Kerajaan Pakatan Harapan dari tahun 2018 hingga 2020, dengan dasar-dasar dan komitmen kita untuk masa hadapan yang lebih bersih dan lebih baik, adalah jalan yang terbaik untuk Malaysia. Dan dalam masa singkat negara ditadbir oleh kerajaan ini, kerajaan ini berjaya melakukan banyak perkara untuk memperbetulkan salah laku golongan kleptokrat.

“Kita telah dikhianati.”

Mahathir menulis perkara ini pada bulan September 2021.

Dia telah berbaik-baik semula dengan “pengkhianat” ini.

Adakah Mahathir masih berpegang dengan apa yang ditulis dan dikatakannya sebelum ini?