Pada bajet kali ini, sektor pendidikan merupakan “biggest loser”, terutamanya Kementerian Pendidikan Tinggi telah dikurangkan bajet sebanyak RM1 bilion. Walaupun PM Najib mengatakan bahawa GST mendatangkan pendapatan sebanyak RM39 bilion kepada kerajaan, tetapi wang tersebut tidak digunakan pada sektor yang diperlukan oleh rakyat, mengorbankan kepentingan umum.
Bajet pada kali ini bukan sahaja mengurangkan belanjawan pendidikan, malah sektor lain seperti kebajikan dan jawatankuasa pengangkutan awam turut dikurangkan peruntukan, tetapi bajet untuk Jabatan Perdana Menteri pula bertambah daripada RM19 bilion tahun lalu kepada melebihi RM20 bilion pada tahun ini, ini menunjukkan PM mengumpulkan sumber dan kuasa melalui bajet ini, dan ini semestinya bukan kaedah pembahagian sumber yang sihat.
Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon mengakui bahawa RM50 juta peruntukan seperti yang dijanjikan dalam bajet 2015 belum lagi diserahkan kepada sekolah rendah Cina, dan juga RM25 juta peruntukan kepada SMJK masih belum diberikan, ini adalah tidak munasabah. Belanjawan yang telah dijanji akhirnya menjadi janji kosong.
Selain itu, dalam bajet 2013, sekolah rendah Cina mendapat peruntukan RM100 juta; tahun 2014 dan 2015 dikurangkan menjadi RM50 juta, peruntukan bagi SMJK pula adalah RM25 juta. Dalam bajet 2016 pula, kerajaan tidak menyenaraikan berapa bajet yang diberikan kepada sekolah rendah Cina, hanya mengatakan bahawa RM500 juta diberikan kepada sekolah pelbagai aliran, tetapi pada tahun lalu Sekolah Kebangsaan telah mendapat peruntukan RM450 juta, berapakah yang akan SJKC dapat pada tahun ini? Ini amat membimbangkan.
Pengurangan bajet universiti awam adalah tidak rasional, dan ini juga menimbulkan kebimbangan bahawa ia akan menyebabkan lagi ramai pelajar tidak dapat masuk ke universiti awam, serta menjejaskan kualiti universiti awam.
Universiti Malaya yang kedudukannya semakin merosot di antarabangsa, telah dikurangkan bajet sebanyak 27.3%, iaitu dikurangkan daripada RM638 juta kepada RM463 juta, ini akan mengakibatkan universiti tersebut menghadapi masalah kekurangan dana penyelidikan, kekurangan kemudahan-kemudahan dan lain-lain. Syarat yang paling penting untuk menuju ke arah negara maju, adalah memiliki sumber tenaga yang berkebolehan tinggi, dan pendidikan universiti merupakan asas bagi sebuah negara, rakyat bersusah payah membayar GST kepada kerajaan, tetapi kerajaan pula mengurangkan bajet untuk sektor pendidikan yang paling diperlukan oleh rakyat, ini tidak masuk akal sekali!
Pendidikan harus dititikberatkan untuk mencapai kejayaan, peruntukan yang sewajarnya harus diberikan kepada universiti, dan harus menambahkan universiti awam, supaya pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dapat menikmati pendidikan tinggi dengan percuma, bukannya mengurangkan peruntukan universiti.