Skip to content

Selamatkan industri pelancongan Pengecualian kuarantin bagi pelancong asing yang sudah divaksin

Kini, merupakan masa yang sesuai untuk membuka sempadan negera kepada pengunjung yang sudah terima dua dos suntikan vaksin Covid-19 memandangkan pelbagai jenis vaksin telah dipasarkan secara global dan banyak negara telah bermula memberi vaksin kepada warganegara mereka masing-masing sejak awal tahun ini.

Akibat penutupan sempadan negara secara global,industri pelancongan negara kita telah mengalami kerugian sebanyak RM100 billion dan membawa kepada gelombang pemberhentian kerja dalam industri pelancongan.

Jika menilai dari segi pemulihan ekonomi dan penilaian risiko, risiko penyebaran virus Covid-19 adalah amat rendah bagi golongan pengunjung yang sudah terima dua dos suntikan.

Oleh itu, kerajaan harus membenarkan kemasukan dan pengecualian kuarantin terhadap golongan ini, tetapi harus terus memantau jelajah perjalanan mereka selama 14 hari.

Pada peringkat ini, mengikut peraturan kerajaan, pengunjung negara asing ataupun rakyat Malaysia yang sudah terima dua dos suntikan vaksin masih perlu menjalani kuarantin selama 7 hari apabila tiba di Malaysia.

Ini merupakan satu pilihan yang tidak munasabah bagi pelancong perniagaan antarabangsa.

Polisi baharu yang dicadangkan oleh saya, iaitu kemasukan dan pengecualian kuarantin boleh dilaksanakan pada golongan pelancong perniagaan antarabangsa dan rakyat Malaysia yang pulang ke negara kita.

Terdapat lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia hidup di merata tempat luar negara, ramai daripada mereka sudah menerima vaksin di negara yang diduduki masing- masing. Kini tiba masanya untuk membenarkan mereka kembali ke tanah air dan bertemu dengan ahli-ahli keluarga.

Walaubagaimanapun, seperti yang dikatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, golongan yang sudah terima vaksin tidak bermakna mereka akan bebas daripada dijangkiti virus Covid-19, oleh itu mereka masih perlu mematuhi SOP.

Sejak Januari tahun ini, polisi pengecualian saringan ujian dan kuarantin dilaksanakan terhadap pelancong yang sudah divaksin telah diumumkan oleh kerajaan Romania, kerajaan Poland, Estonia, Serbia, Bahrain, Cyprus, Portugal, Yunani, Iceland, Seychelles, Belize dan negara-negara lain juga secara berturut-turut mengumumkan dasar yang sama.

Saya telah bercadang sebelum ini, supaya pengecualian kuarantin diberikan kepada pengunjung asing dari negera yang tiada kes jangkitan komuniti tempatan selama 14 hari berturut-turut. Walaupun sebelum vaksinasi dijalankan, pengecualiian kuarantin diberi oleh kerajaan England terhadap pelancong Singapura kerana tiada kes jangkitan komuniti tempatan dikesan di negara Singapura.