Penglibatan segera Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dalam menyiasat insiden ini merupakan langkah yang wajar dan penting untuk memastikan ketelusan serta akauntabiliti pihak berkuasa dalam menangani perkara ini.
Sehubungan dengan itu, penjelasan rasmi adalah diperlukan berhubung pemasangan dan fungsi kamera litar tertutup (CCTV) sepanjang tempoh penahanan individu terbabit. Sekiranya rakaman CCTV tersedia, semakan dan pendedahan rakaman tersebut adalah amat diperlukan bagi memastikan situasi sebenar yang membawa kepada kematian tersebut dapat dikenal pasti dengan jelas.
Langkah ini bukan sahaja berperanan untuk memastikan integriti dan keberkesanan siasatan, tetapi juga penting dalam mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang di negara ini.