Sebagai EXCO Kerajaan Perak, saya menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 2025 pagi ini.
Telah berlakunya insiden percubaan serangan fizikal terhadap Sultan Perak oleh seorang suspek yang dikhabarkan mempunyai masalah kesihatan mental.
DAPSY tegas bahawa sebarang tindakan serangan fizikal terhadap Sultan Perak adalah tidak boleh ditoleransi dan diambil mudah.
Siastan susulan yang menyeluruh wajib dilakukan oleh agensi penyiasat tanpa sebarang kompromi dan perkembangan semasa pun harus didedahkan kepada masyarakat umum dari semasa ke semasa.
Saya juga terkilan apabila membaca beberapa mesej Whatsapp yang cuba mewujudkan isu perkauman dengan mengaitkan bangsa suspek tersebut.
Disebabkan suspek tersebut tidak memakai tudung dan maka tindakannya yang menyerang Sultan Perak telah dikaitkan kepada “tindakan sesetengah bangsa”.
Ini adalah tindakan yang sangat tidak membantu dalam perihal ini dan hanya akan semakin menghakis semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara kita.
Sempena Hari Kemerdekaan ke-68, ayuh kesemua kami khususnya ahli politik memainkan peranan yang sewajarnya untuk
membina tanah air kita agar Malaysia menjadi lebih baik.