Skip to content

Seruan kepada golongan muda Malaysia dari semua latar belakang kaum, agama, dan kawasan untuk bersatu padu dan meyakinkan ibu bapa dan ahli-ahli keluarga mereka yang lebih tua untuk memilih menjadikan Malaysia sebagai juara dunia sekali lagi

Perdana Menteri Anwar Ibrahim patut disokong dalam usahanya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dalam kawasan serantau ini.

Seruannya di pelancaran fasa baharu Rakan Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi untuk satu generasi baharu yang mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan dengan menghormati antara satu sama lain, menyebarkan kebaikan, persaudaraan.

menggunakan teknologi, dan membenci rasuah, kepura-puraan, dan rasisme patut diulangi oleh semua pemimpin politik.

Rakyat Malaysia bergantung kepada golongan muda, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, untuk menjadi pejuang politik progresif dan menjadi pembawa obor perpaduan dan masyarakat majmuk.

Anwar kini sudah berada dalam lingkungan tujuh puluhan dan saya pula kini berada dalam lingkungan lapan puluhan. Tetapi, kami juga pernah muda dahulu, di mana kami mengimpikan Impian Malaysia untuk Malaysia berada dalam kalangan juara dunia dalam bidang-bidang yang diceburi manusia dan kini sudah masanya untuk golongan muda pada hari ini memenuhi cita-cita Impian Malaysia ini.

Malaysia berada di tempat ke-45 dari segi saiz populasi, tetapi pada suatu masa, kita berada di tempat ke-20 dari segi kematian akibat Covid-19 semasa pandemik Covid-19 pada tahun 2021, menunjukkan kekurangan sistem kesihatan kita.

Bukan juara dunia sebegini yang kita mahukan untuk Malaysia.

Malaysia perlu mencapai lebih dari apa yang dapat dilihat.

Apa yang Malaysia mahukan adalah pencapaian positif, seperti memenangi Piala Thomas, acara Olimpik, anugerah Oscar, mempunyai universiti terbaik dunia, saintis terbaik, pakar-pakar IT, malah untuk memenangi anugerah Nobel.

Saya seru kepada semua golongan muda dari semua latar belakang kaum, agama, atau kawasan, untuk bersatu padu dalam pilihan raya negeri pada bulan Ogos yang akan berlangsung di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu untuk meyakinkan ibu bapa dan ahli-ahli keluarga mereka untuk memilih menjadikan Malaysia sebuah juara dunia sekali lagi dan mengelakkan hala tuju ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup dalam dekad-dekad yang akan datang, terutamanya pada tahun 2057 apabila kita menyambut ulang tahun ke-100 negara.

Malaysia hanya mampu menjadi hebat sekiranya semua rakyat Malaysia bersatu dengan satu misi dan tujuan yang sama.

Marilah kita jadikan Malaysia contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia dan juga menunjukkan kepada dunia bagaimana kita boleh mengekang penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian dari memusnahkan masa hadapan negara melalui ketidakstabilan politik dan perpecahan dalam negara.