Skip to content

SESB digesa: Macam mana kejadian tumbang menara penghantaran elektrik boleh berlaku dan apakah langkah-langkah kontigency untuk mengatasi kekurangan tenaga 40% di Pantai Timur tahun ini?

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) digesa menyistiharkan punca tumbang menara penghantaran elektrik 132kV Segaliud – Dam Road.

Bagaimana sebuah menara boleh tumbang? Punca-punca yang mungkin terlintas di fikiran saya ialah sama ada kecurian metal atau bahan binaan menara atau pembinaan menara tersebut tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Kejadian yang berlaku pada pukul 3.40pm 9 April tersebut telah mengakibatkan kawasan-kawasan Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau kini bergantung sepenuhnya kepada kapasiti penjanaan daripada stesen janakuasa di Tawau dan Lahad Datu.

Menurut kenyataan SESB, kapasiti penjanaan sedia ada hanya mampu menjana sehingga 137 MW manakala penggunaan bekalan elektrik pula mencecah 160MW. Ini bermaksud sebahagian kawasan di Bahagian Tawau terpaksa dicatu bekalan elektrik pada waktu beban puncak (peak demand), secara bergilir-gilir sehinggalah menara sementara siap didirikan dijangka pada awal minggu depan.

Menurut sumber lain, keperluan bekalan elektrik di daerah Tawau pada waktu beban puncak ialah 90MW pada awal tahun 2013, dan berikutan mula operasi Kubota Gas-fired Turbine Power Plant 64MW pada 2013 juga, kapasiti penjanaan di daerah Tawau mencecah 128MW.

Selain itu, kejadian tersebut mengingatkan kita bahawa sebuah loji penjana kuasa utama amat diperlukan di bahagian-bahagian Pantai Timur Sabah, terutamanya di Lahad Datu atau Tawau.

Sebuah loji janakuasa batu arang 300MW pernah dicadangkan pada tahun 2006 tetapi ia telah ditolak oleh rakyat Sabah. Sejak itu, TNB pernah bercadang hendak membina sebuah loji janakuasa LNG (Liquidfied Natural Gas) 300MW bersama RM1billion Petronas LNG regasification plant di Lahad Datu, tetapi cadangan tersebut digantung selepas berlaku insiden Tanduo di Lahad Datu pada tahun 2013. Selepas itu, loji janakuasa diputuskan untuk dipindah ke Sandakan dan sumber bahan api telah bertukar daripada LNG kepada Gas, dan kapasiti dinaik kepada 380MW atau 400MW, pada tahun lalu.

Menurut laporan STAR bertarikh 13 September 2014, syarikat 1MDB tengah berunding dengan SESB untuk pembinaan Stesen Janakuasa Utama Gas tersebut, dengan cara Joint Venture bersama Yayasan Sabah dengan nisbah pegangan syer 75:25.

Masalahnya ialah syarikat 1MDB terbelenggu dengan skandal-skandal yang menjadi topik hangat politik, seperti hutang mencecah RM42 billion. Macam mana syarikat yang berhutang piutang dapat mengutamakan kepentingan rakyat?

Oleh itu, tidak hairanlah menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili pada December tahun lalu, cadangan loji janakuasa gas itu masih belum dimuktamadkan. Jawapan bertulis yang beroleh daripada Kementerian Pembangunan Infrasruktur Negeri pula menyatakan bahawa, Stesen Janakuasa Utama Gas hanya akan dapat dibangunkan secara berperingkat bermula tahun 2018 sehingga 2020.

Ini amat kontratik dengan kenyataan Dr. Maximus bahawa Pantai Timur Sabah akan menghadapi kekurangan tenaga 40% pada tahun ini (2015). Di manakah langkah-langkah kontigen SESB dalam menangani masalah kronik tersebut sedangkan Stesen Janakuasa Utama Gas cuma akan dibangunkan sehingga 2020?

Sementara menunggu pembangunan loji janakuasa utama, kapasiti penjanaan di Pantai Timur Sabah akan ditingkatkan secara berperingkat bermula tahun 2016 dengan pelaksanaan Projek Pembangunan Semula (Repowering) Stesen Janakuasa Milik SESB di Pantat Timur Sabah yang melibatkan SJ Lahad Datu, SJ Sandakan dan SJ Tawau.

Stesen janakuasa SESB tersebut majoritynya menggunakan diesel atau MFO sebagai bahan api, dan memang uzur hayatnya. Apa yang amat diperlukan sekarang ialah pembinaan loji janakuasa yang cepat yang boleh menangani masalah kekurangan elektrik 40% di Pantai Timur!

Saya mencadangkan pembinaan loji jana kuasa solar PV untuk menggantikan Stesen Janakuasa Utama Gas di Sandakan.

Pembinaan loji janakuasa solar PV mengambil masa singkat berbanding dengan loji janakuasa gas. Pemaju loji janakuasa solar PV China telah membuktikan bahawa 300MW dapat dibina dalam tempoh satu tahun. Sedangkan kita mengalami kekurangan elektrik yang urgent, kenapakah kita hendak tunggu 5 tahun lagi sampai 2020 untuk Stesen Janakuasa Utama Gas?

Syarikat 1MDB telah memeterai Perjanjian Pembelian Tenaga degan TNB untuk membina sebuah loji janakuasa solar PV di Kedah yang terbesar di negara, iaitu 50MW.

Saya cadangkan syarikat tempatan dengan kerjasama pemaju solar PV China membina sebuah loji janakuasa solar PV utama dalam tempoh tahun ini. Kalau tidak, masalah gangguan elektrik di Pantai Timur tidak berhenti-henti.