Skip to content

SESI CLOCK IN DI KPKM

Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI

 

  1. Hari ini saya secara rasmi melaporkan diri di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

 

  1. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Tuan Haji Sheikh Umar Bagharib Ali, para Setiausaha Bahagian, pegawai-pegawai kanan serta seluruh warga KPKM atas sambutan dan taklimat komprehensif yang telah diberikan.

 

  1. Taklimat yang disampaikan telah memberi gambaran jelas mengenai dasar serta perkembangan terkini industri pertanian secara menyeluruh, termasuk pelbagai usaha dan inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan oleh KPKM.

 

  1. Dalam konteks global yang semakin mencabar, sektor pertanian negara perlu diperkukuh dari segi daya tahan, kecekapan rantaian bekalan serta keupayaan adaptasi terhadap perubahan iklim, bagi memastikan keselamatan makanan negara terus terjamin.

 

  1. Saya komited untuk membantu dan memperkukuh kepimpinan YB Datuk Seri Mohamad Sabu dalam melaksanakan agenda transformasi pertanian, selaras dengan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030, dan Pelan Strategik KPKM 2025-2030, dengan penekanan kepada peningkatan produktiviti, pemerkasaan petani, dan kemampanan jangka panjang.

 

  1. Saya yakin melalui kerjasama erat dan komitmen penuh bersama seluruh warga KPKM, sektor pertanian Malaysia dapat terus diperkukuh ke arah yang lebih berdaya saing, bernilai tinggi dan mampan.

 

Sekian, terima kasih.