Skip to content

Setaka mana ‘pencapaian’ yang digariskan dalam Laporan Tahunan 2013 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) boleh dipercayai apabila Kementerian Pendidikan tidak dapat menjelaskan bagaimana PT3 akan menggantikan PMR mulai tahun ini?

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas usaha beliau untuk menunaikan janji yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu untuk menyediakan laporan tahunan tentang perlaksanaan PPPM. Laporan Tahunan 2013 PPPM, yang disediakan oleh Unit PADU di Kementerian Pendidikan, menonjolkan pelbagai kejayaan yang dicapai dalam tahun pertama pelaksanaan PPPM.[1]

Malangnya, ia memang sukar bagi saya untuk mempercayai pencapaian ini apabila Kementerian tidak boleh melaksanakan satu isu yang jauh lebih asas – iaitu untuk menjelaskan kepada guru-guru, ibu bapa dan pelajar bagaimana PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) akan menggantikan PMR (Penilaian Menengah Rendah) untuk pelajar tingkatan 3.

Dalam jawapan lisan kepada parlimen pada 18 Jun, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Haji Idris Jusoh, menjelaskan bahawa dua surat pekeliling telah dikeluarkan oleh Kementerian untuk menjelaskan PT3 dan telah dimuat naik ke laman web Lembaga Peperiksaan (LP) – www.moe.gov.my/lp. (Lampiran 1). Malangnya, ini adalah apa yang saya dapati apabila melawat laman web LP pagi ini pada pukul 1015. Saya telah cuba untuk mengakses laman web ini sejak Khamis lalu, 18 Jun, tetapi tidak berjaya.

Saya menjumpai laman web alternatif untuk Lembaga Peperiksaan – http://www.lp.edu.my/ – tetapi apabila saya klik pada pautan PMR, ini adalah apa yang saya dapati.

Satu surat pekeliling bertarikh 31 Mac 2014, yang dikeluarkan oleh Kementerian, menggariskan dengan lebih terperinci bagaimana PT3 akan menggantikan PMR.[2a dan 2b] Tiada lagi peperiksaan berpusat dan PMR akan digantikan dengan peperiksaan sekolah yang berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak LP. Garis panduan pelaksanaan PT3 sepatutnya dinyatakan secara terperinci di laman web LP. Tetapi hampir tiga bulan selepas pengeluaran surat pekeliling ini dan selepas Menteri merujukkan laman web LP dalam jawapan parlimen beliau, baik garis panduan ataupun laman web LP pun tidak boleh diakses.

Ketidaktentuan tentang pelaksanaan PT3 menyebabkan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng, pada 15 Jun, untuk meminta Lembaga Peperiksaan memberi taklimat kepada guru-guru bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PT3. [3a dan 3b]

Jikalau guru-guru sendiri mempunyai kerisauan ke atas pelaksanaan PT3, saya hanya boleh bayangkan kekeliruan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang belajar di Tingkatan 3. Dalam kajian keluarga berpendapatan rendah yang dikendalikan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), salah satu penemuan utama adalah jurang maklumat di antara rancangan kerajaan dan maklumat yang diterima oleh golongan miskin. Jurang maklumat ini pasti akan termasuk rancangan untuk menggantikan PMR dengan PT3 walaupun jaminan telah diberikan oleh Menteri bahawa wakil-wakil dari semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGs) di seluruh negara akan diberi taklimat mengenai perubahan ini.

Jikalau Kementerian tidak boleh menjelaskan dan melaksanakan sesuatu yang begitu asas seperti PT3, setakat mana ‘pencapaian’ yang disenaraikan dalam Laporan Tahunan 2013 PPPM boleh dipercayai?

Lampiran 1: Jawapan Parlimen Dato Seri Haji Idris Jusoh tentang PT3 pada 18 Jun 2014