Skip to content

Siapakah yang bertanggungjawab untuk kualiti air yang teruk, jalan yang sempit dan berlubang, dan sampah yang tidak dikutip di Kelantan kalau bukan PAS yang telah memerintah Kelantan selama hampir setengah abad

Baru-baru ini, terdapat kontroversi mengenai kualiti air yang teruk, jalan yang sempit dan berlubang, dan sampah sarap yang tidak dikutip di Kelantan di antara ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohammad Agus Yusoff dan Pemuda PAS Kelantan, yang tidak membawa kepada apa-apa jawapan.

Persoalan ini terus kekal terbuka kerana siapa lagi yang lebih bertanggungjawab terhadap kualiti air yang teruk, jalan yang sempit dan berlubang, dan sampah sarap yang tidak dikutip sekiranya bukan PAS yang telah memerintah Kelantan selama hampir setengah abad.

Persoalan seterusnya yang perlu ditanyakan adalah apakah rancangan kerajaan negeri PAS untuk menyelesaikan masalah yang telah lama membelenggu rakyat Kelantan ini.