1)Dengan berpaksikan prinsip bahawa Sijil Peperiksaan Bersama (Sijil UEC) adalah menawarkan nilai akademik yang tinggi serta mampu untuk menjanakan bakat demi tanah air kita, DAPSY Kebangsaan menyatakan sokongan penuh terhadap iltizam kerajaan perpaduan untuk melaksanakan segala usaha untuk mengiktiraf Sijil UEC.
2)Sijil UEC bukan sahaja mempunyai nilai akademik yang tinggi, malah juga mempunyai pengiktirafan di seluruh persada antarabangsa, dan juga merupakan aset penting dalam sistem pendidikan pelbagai aliran di negara kita dan maka tidak harus dibantutkan perkembangannya oleh halangan politik.
3)Semua parti politik harus menyatakan pandangan masing-masing terhadap isu pengiktirafan Sijil UEC dalam keadaan kini agar pengundi-pengundi mengetahui dengan jelas tentang pendirian parti-parti politik terhadap isu ini.
4)Pengiktirafan Sijil UEC harus bersandarkan pertimbangan akademik. Ahli politik yang sedia ada tidak harus mengaitkan pengiktirafan Sijil UEC dengan kepentingan nasional mahupun dasar pendidikan negara lantaran hujah-hujah yang disebut di atas adalah mengaburkan keadaan sebenar dan tidak memberikan gambaran sebenar.
5)Dasar Pendidikan Negara adalah kerangka yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada sekolah-sekolah kerajaan di bawah kelolaannya.
6)Sukatan pelajaran yang berbeza tidak bermakna bahawa aliran pendidikan yang lain seperti Sekolah Persendirian Cina dan sekolah antarabangsa tidak mempunyai nilai akademik, dan jangan lupa bahawa beberapa varsiti awam termasuk Universiti Malaya adalah mengiktiraf kelayakan A-Level atau IB yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
7)Diskusi tentang pengiktirafan Sijil UEC tidak sesekali berniat untuk mencabar kepentingan nasional mahupun menjadikan Sekolah Persendirian Cina sebagai sekolah kerajaan di bawah KPM, sebaliknya usaha kini adalah untuk mengetepikan perbezaan politik. Pengiktirafan Sijil UEC adalah untuk mengiktiraf sijil tersebut yang membawa nilai akademik yang tinggi serta kompetensinya dalam arena antarabangsa.
8)Perlembagaan Persekutuan menjamin penggunaan dan perkembangan bahasa ibunda masing-masing dan maka kewujudan Sekolah Persendirian Cina dan perkembangan susulannya adalah menepati semangat perlembagaan, dan juga merupakan aset penting dalam masyarakat berbilang kaum.
9)Merit akademik Sijil UEC adalah diterima di peringkat antarabangsa dan menepati keperluan akademik negara kita, dan juga diiktiraf oleh ratus-ratusan universiti di seluruh dunia, termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, Singapura dan Jepun.
10)Selaras dengan perkembangan dan penambahbaikan sukatan pelajaran Sijil UEC, kini seluruh sukatannya adalah menekankan pemikiran kritis, sains kemanusiaan serta berasaskan Sains dan Matematik, piawaian akademiknya adalah menepati malah melebihi apa yang diperlukan oleh institusi pengajian tinggi negara kita.
11)Salah satu contoh terbaik adalah Datuk Pua Khein-Seng yang merupakan pencipta pemacu kilat USB. Datuk Pua yang merupakan alumni Sekolah Persendirian Cina kini telah kembali ke Malaysia untuk membantu perkembangan bidang semikonduktor di negara kita.
12)Usaha untuk mengiktiraf Sijil UEC adalah iltizam kerajaan untuk menzahirkan penghargaan terhadap nilai akademiknya, dan juga merupakan langkah penting untuk melahirkan dan mengekalkan bakat anak muda tempatan di negara kita.
13)Sijil UEC telah diterima oleh beberapa kerajaan negeri, termasuklah Pulau Pinang, Selangor, Sabah dan Sarawak. Di dalam beberapa negeri tersebut, bukan sahaja pelajar yang memegang Sijil UEC dibenarkan memasuki institusi pengajian tinggi di bawah kelolaan kerajaan negeri, malah biasiswa telah ditawarkan dalam pada itu.
14)Kejayaan beberapa negeri tersebut membuktikan bahawa pengiktirafan Sijil UEC bukan sahaja tidak menjejaskan kepentingan nasional, malah membantu negara untuk menyediakan bakat baru. Oleh itu, pengiktirafan Sijil UEC harus dilaksanakan di peringkat persekutuan lantaran kejayaan kerajaan-kerajaan negeri tersebut.
15)Saya menyeru semua untuk hentikan polemik politik dan fokuskan usaha pengiktirafan yang berpaksikan fakta.
16)Pengiktirafan Sijil UEC adalah janji Pakatan Harapan dalam PRU lepas, Barisan Nasional juga pernah menjanjikan untuk mengiktiraf Sijil UEC pada tahun 2018, PAS juga pernah menjanjikan benda yang sama dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat.
17)Kini kerajaan perpaduan hanyalah melaksanakan kewajipan politik untuk memasuki fasa usaha untuk mengiktirafnya. Semua pihak yang berkepentingan, khususnya ahli politik tidak harus terus mempolitikkan isu ini agar usaha pengiktirafan Sijil UEC dapat disempurnakan dengan profesional.
18)Pengiktirafan Sijil UEC akan membuktikan bahawa negara kita telah mengorak langkah besar dalam reformasi pendidikan di samping mempertahankan kepelbagaian serta keterangkuman. Seluruh masyarakat harus menyokong usaha kerajaan perpaduan untuk mengiktiraf Sijil UEC demi menjayakan misi tersebut yang penuh bersejarah.