Skip to content

Sistem undian awal dan undi pos harus diperluaskan oleh SPR

Datuk Abdul Ghani Salleh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berkata bahawa SPR akan menampilkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berkaitan pilihan raya dengan mengambil kira tiga syor yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan, iaitu tidak boleh merentas negeri; sempadan negeri atau daerah, tiada perhimpunan ramai bagi melaksanakan kempen; dan tiada lawatan dari rumah ke rumah.

Jika tidak dilaksanakan bersama sistem undi awal dan memperluaskan undi pos, syor yang tidak boleh merentas negeri, sempadan negeri atau daerah bukan satu syor yang sesuai, malahan telah bercanggah dengan hak asasi rakyat. Di bawah perlembagaan, setiap pengundi berhak mengundi; mengikut Akta Pilihan Raya, SPR ada kuasa untuk membenarkan sesiapa pun menjadi pengundi pos. Sebagai institusi pengurusan tertinggi pilihan raya, SPR seharusnya berusaha untuk menjamin hak mengundi setiap pengundi, YB Chew Chong Sin, ADUN Mengkibol dan YB Pn. Maria Chin, Ahli Parlimen Petaling Jaya menyampaikan pendapat mereka dalam kenyataan.

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi boleh dijadikan pilihan raya kecil yang pertama melaksanakan sistem mengundi awal sebagai satu percubaan, dalam tempoh kempen 11 hari yang sudah ditetapkan. Dengan sistem pengundian awal, pengundi-pengundi di luar negeri, luar daerah malahan luar negara dapat mengundi di pusat mengundi tempatan khas yang ditetapkan, contohnya di Kuala Lumpur. Dengan ini, hak asasi bagi seorang pengundi untuk mengundi akan dapat dijamin.

Demi mengelakkan rakyat merentas negeri atau daerah untuk tujuan kawalan penyebaran pandemik, tempoh berkempen harus dilanjutkan kepada tempoh terpanjang yang dibenarkan di bawah Akta Pilihan Raya, supaya kertas undi sempat dicetak dan diedarkan ke semua pusat mengundi khas di seluruh Malaysia dan pejabat kedutaan Malaysia di luar negara. Ini bertujuan memperuntukkan tempoh yang lebih panjang supaya pengundi-pengundi sempat mengambil dan mengundi kertas undinya di pusat mengundi khas, dalam sepanjang tempoh kempen.

Mengikut Akta Pilihan Raya, pilihan raya harus diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran. Oleh demikian, dalam pilihan raya yang akan datang, tempoh berkempen harus diperlanjutkan oleh SPR sekurang-kurangnya 30 hari supaya sistem mengundi awal, mengundi secara pos di luar negara dapat dijalankan dengan lancar dan tahap pencegahan pandemik COVID019 dapat dipatuhi.

Di samping itu, sekiranya lawatan dari rumah ke rumah tidak dibenarkan dalam tempoh berkempen, YB Chew dan YB Pn. Maria Chin mengesyorkan agar SPR bekerjasama dengan saluran media perdana kerajaan dan swasta, terutamanya televisyen dan radio menjelang pilihan raya, demi memastikan semua calon diberikan peluang siaran di media kerajaan dan swasta yang adil dengan masa ke udara yang saksama untuk menyampaikan pandangan dan falsafah politik mereka. Ini dapat dilaksanakan kerana Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa SPR untuk mendapatkan bantuan agensi kerajaan.

Oleh kerana terdapat lebih daripada satu juta rakyat Malaysia yang menetap di luar negara, memandangkan situasi wabak COVID-19 tidak begitu optimis dan kuarantin diwajibkan selepas pulang ke Malaysia, tempoh berkempen harus diperlanjutkan kepada yang terpanjang demi memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk menerima dan mengirim kertas undi balik ke Malaysia.

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi merupakan satu percubaan terbaik terhadap kebolehlaksanaan sistem mengundi awal, agar dapat membina sistem mengundi yang selamat di bawah normal baharu. Daya maju dan kemungkinan dan kekurangan sistem mengundi awal dapat ditinjaukan melalui pilihan raya tersebut, lalu dapat dipertambahbaikkan.

Selepas itu, SPR akan lebih berkeyakinan dalam pelaksanaan sistem mengundi awal yang sempurna dalam pilihan raya umum yang akan datang. Sistem ini akan memastikan pengundi dapat mengundi dalam keadaan yang selamat dan di bawah risiko jangkitan yang paling minimum dengan tidak merentas negeri,sempadan negeri ataupun daerah.