Skip to content

SKMM diminta mengambil tindakan terhadap pemalsuan kenyataan di media sosial dan mengambil tindakan atas aduan ahli parti pembangkang

Sejak 15 Ogos 2015, saya telah membuat 3 laporan polis dan 3 aduan kepada SKMM berkenaan dengan pemalsuan mesej di media sosial atas nama saya. Kesemua mesej palsu ini adalah seperti berikut:

  1. 15-8-2015, mesej tweet palsu yang dikeluarkan atas gambar tweet saya berbunyi: “Rapists, robbers, kidnappers, housebreaking is usually done by one of the races in Malaysia – apparently done by Malay.”
  2. 20-8-2015, mesej tweet palsu yang dikeluarkan atas gambar tweet saya berbunyi: “Sokong YB Azmin naik tariff air Selangor. Amat wajar, untuk elakkan pembaziran air, terutamanya pada hari Jumaat.”
  3. 23-8-2015, kenyatan dengan gambar saya di facebookPilihanraya Kini “ORANG MELAYU BANGSA YANG SUKA merogol, merompak, menculik dan pecah rumah”. Ia disiarkan dalam https://www.facebook.com/pilihanrayakini/photos/a.1397455663823005.1073741828.1396879367213968/1674466962788539/?type=1

    Kenyataan dengan gambar saya di facebook Ali Ja’afarialah: Teresa “Cock”
    mahu duit zakat negeri Selangor DI SERAHKAN KEPADA CINA Kerana orang
    cina jugak bayar cukai.
    — Kenapa duit zakat khas untuk melayu di Malaysia? Cina jugak bayar tax.
    Inilah punca rasis sebenarnya.
    — Teresa “Cock” adalah hasil pilihan orang melayu di seputeh dan kinrara.
    —Si Cina DAP ni tak tahu ke duit zakat dan duit Tax itu berbeza? Pak lebai
    dan mak lebai pas tak ajar ke?

    (https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1072391899438811&id=100000040345028&set=a.673902379287767.1073741826.100000040345028&source=48)

Kesemua mesej palsu samada dengan menggunakan gambar twitter palsu saya ataupun kenyataan dalam facebook ini telah luas disebarkan melalui whatsapps dalam telefon. Kemunculan kenyataan tweet palsu saya yang muncul di facebook Pilihanraya Kini menunjukkan ia besar kemungkinan dilakukan oleh orang yang sama.

Kenyataan palsu berkenaan saya minta duit zakat di Selangor diberi kepada orang Cina ini memang cerita lama. Kenyataan palsu ini pernah disiarkan secara meluas di laman web Bahasa Malaysia dalam bulan Ogos 2013 dan saya pernah buat laporan polis dan laporan kepada SKMM sebelum itu.

Sekarang kenyataan yang palsu ini muncul semula kerana SKMM tidak ambil tindakan terhadap penulis kenyataan palsu ini walaupun saya telah buat desakan di Dewan Rakyat beberapa kali.

Pada beberapa minggu yang lepas, beberapa menteri kabinet dan Ahli Parlimen BN telah mengeluarkan kenyataan yang menghendaki kawalan terhadap media sosial di Negara kita.

Kita mempunyai peruntukan undang-undang yang cukup untuk mengawal-selia media sosial yang mengeluarkan kenyataan fitnah, misalnya Seksyen 499 & 500 berkenaan dengan kesalahan fitnah dalam Kanun Keseksaan, ataupun seksyen 298A dalam Kanun Keseksaan yang berbunyi: “Menyebabkan, dsb., di atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau memudaratkan, dsb., pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Kita juga lihat SKMM dan kerajaan pernah mendakwa mereka yang membuat dakwaan yang berunsur fitnah terhadap Sultan. Selain itu, tindakan juga diambil terhadap pasangan blogger Alvivi yang memuatnaikkan gambar makan “bakuteh’ dalam bulan Ramadhan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, bila kenyataan yang palsu yang berbau perkauman dan fitnah ke atas agama dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas tokoh politik parti pembangkang, pihak SKMM dan polis tidak mengambil tindakan terhadap golongan “cybertrooper” tersebut.

Saya ingin menggesa supaya SKMM mengambil pendirian yang neutral dari segi politik dengan mengambil tindakan terhadap semua aduan daripada semua pihak, termasuk siri aduan yang telah saya buat kepada SKMM.