Skip to content

Solidariti, Kerajaan Negeri guna pengalaman lalu bantu mangsa bencana banjir

Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat bersimpati dan turut samabersolidariti dengan semua mangsa banjir di negeri Selangor dan juga Pahang yang masih bergelut untuk kembali kekehidupan normal.

Berbekalkan pengalaman Pulau Pinang sendiri yang pernahberhadapan dengan banjir besar pada November 2017 dan juga penglibatan dalam misi bantuan bencana banjir di negeri Pantai Timur pada tahun 2014, sehingga kini, pelbagai agensikerajaan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Majlis pihak berkuasa tempatan(PBT) negeri ini telah bertindak pantas dengan bukan hanyatiba di lokasi kejadian sejak dari peringkat permulaan, malahbantuan makanan, perubatan serta kelengkapan menyelamatjuga dihantar tanpa henti secara berperingkat.

Sebagai tambahan, badan-badan korporat, orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak berkaitan turut bersama-sama Kerajaan Negeri dalammembantu apa yang diperlukan. Semua 35 Pasukan BombaSukarela (PBS) negeri ini juga berada dalam keadaan siapsiaga yang mana sebanyak 75 peratus daripada ahli-ahli PBS kini masing-masing berada di Selangor dan Pahang bagimeringankan beban ditanggung mangsa-mangsa berkaitan. Serentak itu, kita turut menghantar anggota-anggota perubatanPasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) dan pasukansukarelawan, Save City Volunteers bagi memenuhi segalakeperluan dalam misi kemanusiaan khas Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini.

Pulau Pinang akan terus berhubung dan membantu merekayang dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang. Malah, walaupun telah 17 tahun telah berlalu, Pulau Pinang tidakpernah lupa tarikh keramat 26 Disember 2004 yang mana bencana tsunami Laut Andaman telah memusnahkansebahagian kehidupan penduduk negeri ini. Atas semangatkekitaan, kita berjaya bangkit semula dan suntikan inilah yang menjadi tulang belakang kepada kita untuk terus bersama-sama dengan mereka yang turut menghadapi kesusahan.

Malah, sebagai langkah jangka panjang, Kerajaan Negeri melalui Agenda Hijau merangkumi pendekatan Daya TahanTerhadap Kecemasan Iklim atau ‘Resilience to Climate Emergency’ telah menubuhkan Unit Bencana yang mana penyelidikan dan pengumpulan data berhubung perkaraberkaitan akan dijalankan oleh agensi negeri, Penang Green Council (PGC). Selaras itu juga, pelan latihan secara besar-besaran melibatkan 299 Majlis Pengurusan KomunitiKampung (MPKK) berhubung teknik resusitasikardiopulmonari (CPR), penggunaan automated external defibrillator (AED), asas pertolongan cemas, pemahamanterhadap protokol kesediaan bencana serta pelan pengurusanpasca bencana meliputi teknik penyelamatan, pencegahanpenyakit dan lain-lain berkaitan turut akan didedahkan.