Kelmarin, pembantu saya telah menghantar surat bantahan kepada YBhg. Tan Sri Abdul Ghani bin Salleh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia berkenaan penamaan calon Barisan Nasional, Jamal Yunos untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Merujuk kepada senarai calon BN bagi PRU15 yang diumumkan pada 1hb November 2022, saya mendapati bahawa Barisan Nasional telah mengumumkan Dato’ Seri Jamal sebagai calon yang akan bertanding di P.093 Kawasan Parlimen Sungai Besar dalam PRU-15 yang akan datang.
Akan tetapi, saya telahpun memulakan prosiding kebankrapan (No. Kebankrapan: BA-29NCC-2116-08/2022) pada 30.08.2022 terhadap Dato’ Seri Jamal Bin MD Yunos berdasarkan Penghakiman bertarikh 26.07.2022 yang saya perolehi di bawah Guaman no. WA-23CY-15-04/2017 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sehingga hari ini, Dato’ Seri Jamal Bin MD Yunos masih belum menyelesaikan Penghakiman tersebut dan prosiding kebankrapan saya terhadap beliau masih berlangsung, dan ada kemungkinan beliau akan dihukum bankrap akibat prosiding kebankrapan tersebut.
Justeru, saya membantah penamaan Dato’ Seri Jamal Bin MD Yunos sebagai seorang calon untuk bertanding dalam PRU-15 dan menggesa agar penamaannya ditolak oleh SPR.
Notis Kebankrapan, Penghakiman, Bantahan Terhadap Penamaan Calon Jamal Yunos