Skip to content

SPR mematikan semangat demokrasi Perlembagaan Persekutuan dalam proses pensempadanan semula

Apakah tujuan sebenar SPR membuat pensempadanan semula?Perlembagan Persekutuan telah menurunkan kuasa ini kepada SPR. SPR membuat kajian semula pensempadanan berpandukan tatacara yang termaktub dalam Perkara 113 dan Bahagian I dan Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi adakah SPR bersikap neutral ketika membuat proses pensempadan semula ini? Roh sebenar proses pensempadanan semula seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan tidak wujud lagi. Perlembagaan Persekutuan tidak dihormati oleh kerajaan mahupun SPR. Pelbagai manupulasi dilakukan oleh SPR untuk membolehkan Barisan Nasional memenangi PRU14.

Rakyat juga hilang keyakinan terhadap SPR dan cara pilihanraya dikendalikan olehnya. SPR yang sepatutnya bertindak neutral dan bebas telah menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional. Ini merupakan satu pengkianatan kepada rakyat dan penderhakaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Perseketuan, prinsip-prinsip pensempadan semula adalah seperti brikut:

  1. Kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih mengundi semasa pilihanraya dan bahagian pilihnraya tidak merentasi sempadan negeri.
  2. Mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihanraya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian.
  3. Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihanraya dalam sesuatu Negeri kecuali terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang didapati di luar bandar.
  4. Memelihara hubungan tempatan.

SPR dengan sengaja telah melanggar 4 syarat di atas. Semangat demokrasi yang diniatkan oleh Perlembagaan Persekutuan diperolokkan oleh Barisan Nasional untuk kepentingan politiknya. SPR gagal menjalankan tugas sebagai sebuah badan yang bebas.

Pensempadan semula yang disyorkan oleh SPR adalah berat sebelah. SPR sedang bertungkus lumus melakukan kerja-kerja kotor untuk memenangkan Barisan Nasionl sekali lagi dalam PRU14.