Skip to content

SPR memerlukan 27 tahun untuk mendaftarkan semua pemilih yang layak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mempelbagaikan saluran pendaftaran pemilih bagi mempercepatkan proses pendaftaran pemilih khasnya pendaftaran pemilih baru.

Menurut rekod yang lepas, pendaftaran pemilih baru bagi beberapa tahun adalah seperti yang berikut:

Sejak SPR membekukan pelantikan Penolong Pendaftar Pemilih daripada kalangan wakil parti pembangkang pendaftaran pemilih mengalami kemerosotan yang drastik.

Selain daripada suku tahun ketiga dan keempat 2016 pendaftaran pemilih baru bertambah secara drastik dan luar biasa kerana terdapat ura-ura bahawa pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat sama seperti suku tahun pertama 2013.

Menurut Laporan Tahunan SPR 2015, terdapat 12,160 penolong pendaftar pemilih (PPP) di seluruh negara (11,959 wakil jabatan, 30 wakil university, 48 wakil parti politik, 123 wakil NGO). Pelantikan PPP tersebut kurang mendapat hasil yang diingini memandangkan teras utama golongan bukanlah berfokus pada kerja-kerja politik walaupun ada sebahagian daripadanya terdiri daripada golongan JASA dan JKKK atau ketua masyarakat yang berpihak kepada Barisan Nasional.

Prestasi saluran sedia ada jelas tidak mencukupi untuk mendaftarkan kesemua warganegara yang telah layak tetapi masih belum berdaftar sebagai pemilih. Media melaporkan bahawa masih terdapat lebih 4 juta warganegara yang layak masih belum berdaftar sebagai pemilih. Jika laporan tersebut benar, maka kita memerlukan 4 hingga 27 tahun untuk mendaftarkan kesemua warganegara yang layak mengundi di seluruh negara. Anggaran ini belum mengambil kira pertambahan warganegara Malaysia yang cukup umur 21 tahun setiap hari.

SPR haruslah mempercepatkan proses pendaftaran pemilih baru dengan mempelbagaikan saluran pendaftaran pemilih dan melantik wakil Parti Politik khasnya Parti Pembangkang sebagai PPP. Rekod lama sebelum pembekuan pelantikan PPP daripada kalangan pembangkang telah membuktikan bahawa PPP daripada kalangan pembangkang yang lebih proaktif memang dapat membantu dalam usaha mendaftarkan pemilih baru.

Sekiranya SPR masih degil dengan cadangan melantik PPP daripada kalangan pembangkang SPR dicadangkan melaksanakan sistem pendaftaran pemilih secara otomatik supaya mereka yang layak dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.