Skip to content

Stok vaksin masih belum mencukupi

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan bahawa kementeriannya mengambil maklum berhubung ketersediaan Pulau Pinang (termasuk kolaborasi pihak industri serta hospital-hospital swasta) dalam menjayakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terhadap ‘economic frontliners’.

Bagaimanapun, kekangan utama yang dihadapi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada tempoh masa ini adalah stok vaksin yang masih belum mencukupi. Justeru, Menteri ketika menjawab persoalan diutarakan saya pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara: Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sebentar tadi berjanji ia akan dibekalkan kepada negeri Pulau Pinang apabila bekalan stok vaksin telah stabil.

Berhubung prosedur operasi standard (SOP) terkini, pengumumannya akan dibuat oleh Menteri Kanan (Pertahanan) dalam tempoh masa terdekat.