Skip to content

“Strategi ekonomi vaksin”: Beroperasi dengan kapasiti penuh, kuncinya adalah pada kadar vaksinasi

Adakah wabak Covid-19 negara kita dapat dikawal? Adakah ekonomi negara kita bakal pulih? Kuncinya adalah pada kadar vaksinasi.

Oleh hal yang demikian, strategi anti-wabak negara kita perlu dipersesuaikan dengan strategi “Ekonomi Vaksin”dengan segera, dan dengan kapasiti sepenuhnya, di mana seharusnya melibatkan 2,838 buah Klinik Kesihatan kerajaan, 145 hospital kerajaan (Hospital Besar) dan 196 Klinik Komuniti di seluruh negeri dalam proses vaksinasi. Dan juga, meminta hospital swasta yang sesuai mengambil bahagian dalam pemberian vaksin, agar negara kita dapat menggunakan semua stok vaksin yang telah diterima kepda rakyat dalam masa yang secepat mungkin.

Dijangka sebanyak ribuan warga emas melawat Klinik Kesihatan kerajaan untuk mendapatakan rawatan susulan dan perubatan secara berkala. Oleh itu, kinik kesihatan bolehlah fokus dalam memberi vaksin kepada warga emas dan pesakit yang berpenyakit kronik.

Keadaan darurat memungkinkan kerajaan meminta hospital swasta dan klinik swasta membantu dalam proses vaksinasi. Sekarang wabak Covid-19 di negara kita semakin merebak, inilah saat yang paling sesuai untuk mendapatkan bantuan hospital dan klinik swasta.

Kerajaan negara British telah memberi sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada 55% penduduknya, dianggarkan telah menyelamatkan puluhan ribu nyawa. 37% daripada penduduk Amerika Syarikat telah selesai dua dos dan 47% pula telah selesai satu dos vaksin Covid-19, jumlah kes positif baru setiap hari negara tersebut telah menurun hampir 95%.

Kadar vaksinasi yang rendah telah menjadikan mustahil untuk menurunkan kadar kematian dan penyebaran wabak. Jika wabak itu tidak dapat dikawal, ekonomi negara kita tidak akan pulih dan kehidupan rakyat akan bertambah sulit.