Pulau Pinang akan terus menegakkan hak ripariannya untuk mengabstrak air mentah dari Sungai Muda tanpa membayar Kedah kerana sebahagian sungai ini mengalir melalui wilayah Pulau Pinang.
Sungai Muda adalah sungai yang merentasi sempadan dan memisahkan Pulau Pinang dan Kedah. Ini bermaksud bahawa garis pusat Sungai Muda mentakrifkan wilayah negeri Pulau Pinang dan Kedah.
Di Pulau Pinang, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mengabstrak air mentah dari sungai itu di muka sauk Lahar Tiang. Muka sauk Lahar Tiang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang, bukan di Kedah, dan di hilir 13 loji rawatan air SADA.
Perspektif Sejarah
Pada tahun 1973, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia, merasmikan pembukaan “Skim Air Sungai Muda” (SMWS) untuk kepentingan Pulau Pinang dan Kedah. Dalam perutusannya yang dicetak di program rasmi untuk upacara pembukaan, mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu (yang ketika itu merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang) menyatakan bahawa SMWS adalah “skim bekalan air di dalam negeri ini.”
Pada tahun 1982, Pulau Pinang dan Kedah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kemudahan “Projek Bekalan Air Pulau Pinang”. MoU ini memindahkan sempadan negeri ke garis tengah Sungai Muda. Sebelum perjanjian ini, seluruh cabang bahagian Sungai Muda berada di wilayah Pulau Pinang.
Pada tahun 1985, Kedah bersetuju bahawa Pulau Pinang boleh melepaskan air mentah dari Sungai Muda. “Jaminan air” ini adalah pra-syarat untuk pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) 1973, yang diatur oleh Kerajaan Persekutuan bagi Pulau Pinang untuk melaksanakan projek bekalan air.
Akta Kedah dan Pulau Pinang (Perubahan Sempadan) 1985 (Akta 325) kemudian diluluskan dan dimasukkan sebagai Akta dalam Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan. Kedua-dua Pulau Pinang dan Kedah juga telah mewartakan enakmen negeri yang meletakkan sempadan negeri di garis tengah Sungai Muda.
Hakikatnya, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendokumentasikan fakta bahawa sebahagian Sungai Muda mengalir melalui wilayah Pulau Pinang. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa kedua-dua Kedah dan Pulau Pinang mempunyai hak riparian dan perlembagaan yang sama untuk mengabstrak air mentah dari Sungai Muda.
Tiada kewajipan untuk Membayar
Sejak tahun 1973, Pulau Pinang dan Kedah telah mengabstrak air dari Sungai Muda tanpa membayar apa-apa caj, bayaran atau pampasan.
Saya ingin menjelaskan: Sejauh mana ia berkenaan abstraksi air mentah dari Sungai Muda, Pulau Pinang tidak wajib membayar Kedah. Oleh itu, adalah tidak rasional bagi Menteri Besar Kedah untuk terus meminta beberapa bentuk pembayaran dari Pulau Pinang yang pasti akan membebankan pengguna air di Pulau Pinang tanpa alasan yang munasabah.
Saya sekali lagi menegaskan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia dan menunggu untuk mempertahankan Hak Air Ripariannya terhadap Kerajaan Kedah di mahkamah.