PSUKPP/21/0353/20 Klt.4 (18)
25 Mac, 2015
YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
[No. Faks: 03 – 8888 3444]
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,
KEPERLUAN MENAIK TARAF DAN MEMPERBESARKAN DENGAN SEGERA LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG (LTAPP) YANG KINI SESAK DAN AKAN MELEBIHI HAD KAPASITI 6.5 JUTA PENUMPANG TAHUN INI
Dengan hormatnya kami ingin menarik perhatian YAB Dato’ Sri berhubung surat permohonan awal kami berhubung perkara tersebut di atas bil. PSUKPP/21/0353/3 (2662/2014) bertarikh 30 Jun 2014.
2.Kedatangan pelancong asing dan tempatan kian berkembang pesat ke Negeri Pulau Pinang.Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) telah merekodkan pertumbuhan penumpang sebanyak 10% bagi tahun lepas iaitu daripada 5,485,756 penumpang pada 2013 kepada 6,034,593 pada tahun 2014.
3.Dengan melihat kepada pelbagai aktiviti serta program menarik yang sedang rancak berlangsung di negeri ini, dijangka pertambahan penumpang akan melepasi had kapasiti LTAPP sebanyak 6.5 juta penumpang pada tahun 2015. Kini LTAPP sesak dengan penumpang sehingga pada waktu puncak, keadaannya lebih kepada sebuah pasar malam berbanding sebuah lapangan terbang antarabangsa. Justeru itu,Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon sekali lagi agar LTAPP dinaik taraf dengan segera dan diperbesarkan, berikutanLTAPP hanya mampu menampung kapasiti pengguna seramai 6.5 juta orang sahaja.
4. Keperluan untuk memperbesarkan LTAPP amatlah terdesak dan perlu disegerakan demi mengelakkan kesesakan yang akan menjejaskan imej baik Malaysia kelak. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga ingin memohon agar pembesaran LTAPP ini merangkumi pembinaan landasan kapal terbang kedua, kemudahan kargo udara bersepadu dan hab ‘MRO’ (Maintenance, Repair, Overhaul). Pada masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri telahpun membangkitkan permasalahan ini dan juga telah membuat permintaan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM600 juta.
5. Kerajaan Negeri telahpun membuat perancangan untuk menyediakan tanah bagi projek naik taraf dan pembesaran LTAPP ini, termasuklah kerja-kerja menambak laut ratusan ekar di bahagian selatan LTAPP.
6. Besarlah harapan kami agar pihak YAB Dato’ Sri dapat memberikan pertimbangan khas terhadap permohonan kami sekali lagi.Kelulusan YAB Dato’ Sri amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang
s.k. :
[1] Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Menteri Pengangkutan Malaysia
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Pejabat Menteri, Aras 10
No. 26, Jalan Tun Hussein
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
[No. Faks: 03 – 8888 0217]