3 NOVEMBER 2016
Saudara / Saudari,
DIVIDEN ANTI-RASUAH DAN HASIL URUSTADBIR CAT (CEKAP, AKAUNTABILITI DAN TELUS)
Kami merakamkan setinggi tahniah kepada Saudara / Saudari di atas pemilihan Saudara / Saudari untuk menerima Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2016.
Untuk makluman Saudara / Saudari, Lembaga Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan di bawah Enakmen Kumpulan Wang Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang 1960 dengan tujuan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di Negeri Pulau Pinang. Biasiswa ini dikendalikan melalui Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang.
Kadar bayaran Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang telah dinaikkan oleh Kerajaan Negeri sebanyak dua (2) kali mengikut keperluan semasa pelajar. Berikut adalah kadar bayaran bagi Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang bagi tempoh sebelum 2007 dan sehingga 2016.
Kenaikan bayaran biasiswa hampir dua kali ganda ini dapat dilaksanakan atas usaha tata kelola baik Kerajaan Negeri. Urustadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dan kepimpinan yang bersih membolehkan Kerajaan Negeri menikmati lebihan Belanjawan setiap tahun sejak tahun 2008 dan rizab aset telah naik daripada RM850 juta pada tahun 2008 kepada RM1.6 bilion pada tahun 2015.
Malah lebihan Belanjawan dalam tempoh 8 tahun di antara 2008-2015 adalah sebanyak RM574 juta, iaitu lebih besar daripada lebihan Belanjawan untuk tempoh 50 tahun di antara 1957-2007 sebanyak RM373 juta.
Hutang Kerajaan Negeri juga telah turun sebanyak 90% kepada hanya RM69 juta – yang terendah di antara semua negeri di Malaysia. Hutang Kerajaan Negeri ialah sebanyak RM69 juta pada akhir tahun 2015 berbanding dengan RM16.8 bilion yang dihutang oleh semua Kerajaan Negeri di Malaysia.
Jumlah pelaburan juga turut meningkat sebanyak 87% dalam tempoh 2008-2015 sebanyak RM54.9 bilion berbanding RM29.4 bilion untuk tempoh dari tahun 2000-2007 dengan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 128,317 berbanding 106,583 iaitu peningkatan sebanyak 20.4%.
Bantuan biasiswa ini diberikan kepada semua sekolah di Pulau Pinang. Bilangan penerima Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang dari tahun 2012 hingga 2016 adalah seramai 4384 orang pelajar dengan perbelanjaan sebanyak RM 2,776,440 (Ringgit Malaysia Dua Juta Tujuh Ratus Tujuh Puluh Enam Ribu Empat Ratus Empat Puluh Sahaja).
Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah di atas pemilihan saudara/saudari untuk menerima Biasiswa Kecil Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2016 dan berharap ianya menjadi penyuntik semangat kepada saudara / saudari dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selain dapat meringankan beban keluarga dan membantu mentrasformasikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bertaraf antarabangsa dan pintar.
Akhir kata, sumbangan yang disampaikan ini adalah satu dividen ‘anti-rasuah’ dan hasil keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menghargai dan menjaga kebajikan rakyatnya.
Sekian, terima kasih.
LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang