Skip to content

Syabas Faiz, Tahniah Malaysia!

DAPSY ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Faiz Subri yang telah melakar sejarah manis buat bola sepak negara dengan memenangi FIFA Puskas Award pagi tadi.

Pencapaian Faiz Subri ini sekali lagi membuktikan bahawa anak Malaysia dapat tampil ke arena antarabangsa dengan kerja keras dan usaha yang gigih. Ini akan menjadi teladan kepada anak muda bahawa tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan dan segalanya mungkin dengan usaha gigih.

Kita berharap FAM boleh menjadikan pencapaian Faiz Subri ini sebagai satu dorongan untuk meningkatkan prestasi pasukan bola sepak negara, yang pernah menjadi kebanggaan kita semua, namun kini telah jatuh ke tangga 161 dalam kedudukan sedunia.

Syabas sekali lagi diucapkan kepada Faiz dan Malaysia!